Wednesday, December 30, 2009

Suka Duka 2009

Sedar tak sedar 2009 bakal melabuhkan tirainya..
Tersingkaplah tirai 2010 yang pasti lebih banyak cabaran dan dugaannya..
Sedang asyik aku memasang cita dan angan untuk diisi dalam kalender 2010 terlintas pula kisah2 sepanjang 2009 untuk dikongsi bersama..antaranya adalah kisah antara aku, kau dan mereka..

Kisah-kisah suka tentunya melihat keletah anak2 membesar di depan mata. Man sudah pandai membaca, mengira dan membaca iqrak..Alhamdulillah..Ami dengan karakternya yang tersendiri; mudah tersenyum, tegas dan suka dimanja..Asyik juga kadang2 melihat dia 'memanjakan' teddy bearnya yang banyak itu (ibu plan nak beli yang baru..hmm, sepah lagi la ruang tamu)..

Tahun 2009 juga pertama kali majlis sambutan hari lahir Man dan Ami diadakan serentak..meriah! Alhamdullillah, dapat juga mengadakan kenduri untuk tetamu..kalau dulu, sebelum cuti belajar, student aku yang selalu dapat nikmat kenduri ni, samada aku beli makanan dari luar masuk ke kampus atau aku undang mereka datang ke rumah..aku enjoy meraikan tetamu..puas dan dapat bersedekah...

Pengakhiran 2009 agak suram dek beberapa insiden yang tak dijangka..2 perkara duka menyapa di penghujung 2009 dengan insiden:
1) kemalangan jalan raya kecil melibatkan kereta wife (21 Nov 2009)
2) masuk wad disebabkan penyakit batu karang dalam buah pinggang..(28 Dec 2009)..sekarang masih mengamalkan ubat-ubatan dan bakal ikuti rawatan susulan 11 Jan 2010 ni).
plus 1 adat musibah berkereta..
3) kereta tua rosak..banyak alat ganti yg perlu diganti..sesuailah tu dengan umurnya..

Bagaimanapun, aku sedikit lega kerana perjalanan PhD aku sedikit mudah (walaupun banyak rintangan dan penambahbaikan yang perlu dibuat)..setidak2nya mengiakan keberkesanan hasil kerja aku selama setahun ni..

Untuk mengembirakan 'mereka' dalam hidup aku, aku tidak menghampakan mereka dengan dua siri jelajah Malaysia dengan pembiayaan sendiri..Syukur walaupun tanpa pembiayaan majikan aku berjaya melaksanakan visi 2 seminar dalam setahun..sambil2 itu lah aku bawa bersama family bercuti ke Melaka, Port Dickson, Kuantan & Cherating...

Aku labuhkan tirai 2009 dengan tawa dan duka, sebagai satu inspirasi hidup..asam garam hidup dan kehidupan..

Selamat datang 2010...InsyaAllah.

Monday, December 14, 2009

Tersentuh, terkemek & tertukar..

Adusss..sedang ribut2 menyiapkan diri untuk pembentangan proposal PhD..2 hari sebelum tu, terlibat dlm kemalangan kecil..mujur aku dan anak tak apa2, cuma kereta wife kemek sisi selepas aku sempat mengelak sedaya mungkin..impaknya tak seberapa, tapi dek kerana ianya sebuah Kancil, kemeknya telah menelan kos RM200 utk dibaiki semula..(sparepart baru dan upah mengecat)...

Dipendekkan cerita, pemandu van di depan aku berhenti mendadak..selepas garis berhenti di persimpangan jalan..aku pun dalam 'mood defense proposal' so aku malas nak lebih2 mendefensekan kes berkenaan..kes diselesai secara baik..tapi tak baiknya kopak poket aku..nak claim insurans pn tak berbaloi dek nak kena bayar full loading plak tahun depan..

Antara gambo yg sempat aku & anak aku snap sepanjang proses 'tersentuh, terkemek & tertukar..'

Wednesday, December 2, 2009

Aku berserah

Salam all, lama x muncul..sedar timbul tenggelam esok dah nk menghadapi hari besar..walaupun teruji semalamnya..aku tetap yakin aku mampu melakukannya..
Esok adalah harinya..hari yang akan menentukan corak perjalanan PhD aku selepas ini..esoklah hari pembentangan kertas cadangan yang telah aku usahakan hampir 13 bulan ini..
Semalam, aku diuji dengan kemalangan jalan raya..mujur tak apa2 aku dan anak..mujur juga sempat mengelak..pun begitu kereta wife yang aku pandu 'terpaksa' juga mencium buntut van yang berhenti mendadak di persimpangan jalan..modal jugak la nak baiki..
apapun aku dh gantikan fender kereta berkenaan..yang enjoynya, aku gantikan menggunakan tulang empat kerat aku sendiri..beli barang sendiri & pasang sendiri..cuma tinggal nak mengecat ja lagi (yg akan aku serahkan pada pakar..)
Esok, mudahan..semuanya berjalan lancar, dipermudahkan urusan..dan mudah-mudahan beroleh kejayaan..Amin.

Thursday, September 17, 2009

Dulu lain, sekarang dah lain


(sekadar gambar hiasan: diadaptasi dari siri animasi upin&ipin)

Kemeriahan raya dah tidak seperti dulu...
Zaman kanak-kanak aku, Ramadhan dan Syawal memang ditunggu-tunggu..Manakan tidak, Sepanjang Ramadhan setiap malam aku dan kawan ke masjid..berlumba-lumba untuk solat sunat terawih. Selesainya terawih, ada more (jamuan ringan selepas solat), atau aku dan kawan2 pilih untuk singgah di warung tepi jalan..makan kerang rebus cicah kuah kacang..fuh, meleleh...(menu wajib bulan puasa...)

Istimewanya terawih di Masjid Al-Halimi dulu-dulu, setiap malam akan diedarkan kupon bernilai RM0.50 untuk kanak2 yg hadir..malam terakhir terawih, bilal akan minta kanak2 serahkan kepadanya untuk ditukarkan dengan 'duit raya'..so, kalu aku pi 30 malam, 30x rm0.50, maka duit raya masjid aku bernilai RM15...motivasi tuuuu...

Malam raya tentunya saat paling best, pelita keliling rumah, main mercun, lepas tu pulak mak sibuk di dapur kukus ketupat dan prepare rendang..memang seronok tengok semua orang sibuk dengan tugas masing2...Dulu2, of course, malam raya semua berhimpun di rumah mak& abah (takda yg kawin-mawin lagi..nak pi rumah sapa lagi)..lagi la gamat suasana..

Banyak lagi suasana raya yang semakin hilang sekarang ni..mungkin tak dapat dirasai lagi oleh anak cucu kita pada masa-masa mendatang..pelita pn dah susah nampak di kampung2, apatah lagi 'sistem barter' tukar-tukar juadah berbuka antara jiran...kunjungan ke rumah2 jiran pn dah hampir kabur dalam suasana raya..Mungkinkah raya hanya relevan untuk program 'balik kampung'?

Dulu lain, sekarang dah lain...Sebenarnya, kita dah banyak kehilangan..budaya, nilai dan seninya..

Thursday, August 6, 2009

H1N1

Hari Ahad, anak bongsu. Isnin si ibu..Selasa aku la pulak. Hmm tup-tup, Rabu si anak sulung pulak...aduila hai...demam oh demam..Alhamdulillah bukan H1N1.

Bahaya dan bimbang jugak aku dibuatnya..H1N1 mengganas tak kenal usia dan tak bisa dikesan awal..kata Doktor yang hampir 7 orang aku ketemui dalam 2 bulan ini, tak da seorang pun yang dapat sahkan perbezaan simptom H1N1 dengan demam biasa melainkan melalui ujian darah dan X-ray untuk melihat keadaan paru-paru..

Yang membezakannya, hanyalah selepas anda demam berterusan tiga hari, batuk berdarah, pening2, sakit dada, sukar bernafas, cirit birit/muntah, berkelakuan ganjil @ bercelaru...hmm, sukarkan..?? Secara peribadi, aku berpendapat, menunggu tanda-tanda tu mungkin agak terlewat untuk merawat..bukankan lebih baik mencegah daripada merawat?

Usaha kecil yang dapat kita lakukan hanyalah :

1) kerap basuh tangan dengan sabun dengan cara yang betul.
2) gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin.
3) elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut.
4) pakai penutup hidung/mulut di kawasan orang ramai.
5) elakkan kawasan orang ramai/kurangkan aktiviti luar.
6) amalkan cara hidup sihat; tidur yang cukup, makanan yang berzat, dan lakukan aktiviti fizikal.
7)jika demam, batuk, atau selsema atau seumpama dengannya dapatkan rawatan doktor dengan segera (seeloknya hospital kerajaan)..jangan pandang enteng walaupun anda hanya demam biasa..mungkin ianya sebaliknya.
7) berdoa dan tawakal dielakkan sebarang musibah.
(nota : sebahagian senarai di atas dipetik dari hebahan KKM)

Bersamalah kita berdoa agar dilepaskan musibah/bala ini..mudah-mudahan, Allah merahmati hamba-hambaNya.

Sunday, July 19, 2009

Sambutan Hari Jadi anak-anak

Seperti yang dirancang, Alhamdulillah majlis jamuan makan sempena hari jadi Man dan Ami berjaya disempurnakan pada 18 Julai 2009. Hampir 95% para jemputan hadir, merangkumi jiran setaman dan sekampung..

Ramai & cukup meriah walaupun sederhana...

Yang penting dapat rapatkan silaturrahim jiran tetangga, berkenal-kenalan dan beramah mesra.

Menu kali ini bersumberkan tiga 'daerah': soto dan rambutan dari Kg. Padang (menu kawan mertua), bihun sup daging, agar2 lumut dan ketupat sambal bilis dari Kg Teluk Nibung (menu mak mertua), chicken nudget, spegati dan ketupat nasi (menu dan masakan dari aku & isteri..tapi special kali ni, spegati aku buat..haha, chef zam di sini, jangan tak tau nooo..)

Turut menghiasi meja hidangan adalah sebiji kek choc sponge 'ben-10'...

Antara beberapa foto yang sempat dirakam lensa penganjur...







Wednesday, July 15, 2009

Sejauh Umbai, Sesibuk Leman Dawi

Julai 6-10, 2009, aku berkesempatan bawa isteri, anak-anak dan mak bercuti ke Melaka..sambil aku bersidang di Equatorial Hotel, aku tinggalkan mereka di Mahkota Hotel Apartment (MHA). MHA terletak di kawasan yang strategik dengan pemandangan menghadap Selat Melaka yang mendamaikan berdampingan tempat santai keluarga Mahkota Parade dan berdekatan pula dengan Dataran Pahlawan yang menempatkan tinggalan sejarah agung negara...(berbunga habiss..)..ah bosan..














Signage ke Mahkota Melaka : Arrive at 1.30pm

View dari bilik 2126 Prangipani Wing 2

Kolam mandi 'Dolphin'. Ada satu lagi kolam berhampiran lobby-kolam 'bunga raya'

Malam sebelum bersidang aku dah bawa family ke gerai terapung umbai baru (mujur ada GPS, kerja mencari lokasi menjadi lebih mudah)...kat sana kami pekena seafood ja antara menunya, siput sepahat masak cili, siakap tiga rasa, sotong celup tepung, dll..yg pasti siput tu pertama kali aku jumpa dan cuba...not bad..


Gerai terapung Umbai Baru...tak sah kalu tak pekena nasik lemak ngan masakan laut..Kami cuba siput 'sepahat'..

dalam bilik 601 Corus PD..

sepanjang hari aku bersidang di Equatorial, petangnya aku bawa mereka pusing2 sekitar bandar hilir ja..penat..pagi esoknya kami bertolak ke Port Dickson dan Corus Paradise Resort menjadi pilihan penginapan..boleh tahan juga, view yang menarik mengadap selat melaka..ada beting pasir bertentangan dengan view bilik kami..petang tu, aku bawa depa mandi manda di Telok Kemang, Man dah berani turun setakat pinggang..ok la tu..abah dia bukannya pandai berenang pun nak mandi ke tengah..huhu...

sebelum ke PD, kami singgah di Cendol Leman Dawi..unik..


Corus dari beting pasir

Penat di PD, mengejar masa, dan masing2 letih dek perjalanan yang jauh..esok tu plak boleh singgah Putrajaya plak, saja bagi depa ronda-ronda tengok pejabat PM kita...petang bertolaklah balik ke kampung..


Dataran Putrajaya 10 Julai 2009

pendeknya, perjalanan persidangan dan percutian kali ini enjoyful with painful (hehe)...yang sakitnya, sebelum berjalan kereta sakit dulu..dah melayang RM1200..nak buat macamana..itupun bagus juga, kereta jaga tuan, kalu rosak dalam perjalanan, lagi naya kan?

Persidangan Pemasaran 2009















8-9 Julai 2009 yang lalu aku ikuti satu persidangan antarabangsa anjuran IPTA tempatan. Dalam persidangan berkenaan aku berkesempatan membentang kertas cadangan penyelidikan aku. Alhamdulillah, semuanya lancar..tetapi agak kurang memuaskan memandangkan tidak banyak maklumbalas yang diterima daripada audien..Pun begitu, aku dapat juga rakan baru yang boleh dijadikan jaringan kerja memandangkan dia juga dalam bidang yang sama dengan aku..
InsyaAllah, setidak-tidaknya dapat juga bertukar-tukar fikiran dalam lingkungan pemikiran orang-orang dari Malaysia (selain Jerman, Thailand, Sweeden, dll)..

Monday, July 13, 2009

Projek (PhD) Sampingan












Minggu ke-dua cuti sekolah baru-baru ni, aku bersama jiran belakang rumah memulakan projek menaikkan pagar bata block di sempadan kami..projek ni berakhir juga dalam tempoh tiga (3) hari bermula dari mengukur, beli barang, korek beam, ikat besi tetulang, tuang simen, susun bata dll yang dibuat secara bersama dgn jiran..so inilah hasil2 peluh yang mencurah-curah itu (tak de titik peluh lagi dah)...

Aku dibantu oleh "EXORA" aku kat atas tu..man kata, kereta sorong ni macam proton exora sebab boleh muat bata banyak dalam satu2 masa..ye lah...

Bekas kolam fibre biru itu pn dah dimanfaatkan sepenuhnya menggantikan kolam bulat cendawan dalam posting2 terdahulu..

itu lah dia...perubahan yang sentiasa berubah-rubah dek memenuhi minat dan citarasa pemilik..

Pagar belakang masih terbengkalai sedikit gara2 partner demam dan takdan siapkan dinding sebelah dia, so, masih ada satu tiang tak lengkap bagi membolehkan pintu pagar dipasang..InsyaAllah, sebulan lagi siap kot...tembok pagar depan dan siap plaster and cat, that's why aku dah buat kolam baru...(spt gambar 1-kiri)

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa


"Selamat Hari Bapa" kepada semua yang bergelar bapa di dunia maya pada ini..

Terima kasih tak terhingga juga pada arwah abah (duduk dalam gambar) yang telah banyak berkorban untuk kesejahteraan anak-anaknya.

Gambar ini menceritakan segala kepayahan abah mendidik anak-anaknya..suatu ketika dulu, berniaga menjadi punca rezeki keluarga..Dari titik peluh abah dan mak lah aku berjaya hingga ke tahap ini.

Dari abah, aku belajar satu ilmu yang tidak mungkin diperolehi di mana-mana..itulah, kepayahan..dengan kepayahan jugalah aku bangun, hidup dan dimotivasikan..

Adik-adikku yang membaca entri kali ini, ingatlah..."kepayahan hari ini akan memberi anda kesenangan di kemudian hari.., kalau anda tidak perolehi apa yang anda hajati hari ini, mungkin Allah simpan untuk berikan yang terbaik untuk anda di kemudian hari.."

Aku pernah susah, aku tidak akan menyusahkan orang lain dan aku juga tidak mahu orang lain susah kerana aku....

Monday, June 15, 2009

Jalan-jalan hujung minggu

'after 30m, turn right', said gps..


Asalnya Man ajak ke zoo taiping, disebabkan baru sangat berjalan ke shah alam, aku bawa hero and heroin korea aku ke Lye Huat Garden..dalam 10 minit drive from home.
Lye Huat Garden ni wujud sejak 2002, kalau dari jitra about 10 min drive, ikut lebuhraya Plus Jitra-Changloon..kurang lebih 5km sebelum Jo Gelas Besar and Cendol Pulut Napoh (jika dari Jitra). RM10 dewasa, RM4 kanak-kanak. Antara yang menarik, ada kolam besar menempatkan ikan koi, aquarium ala2 aquaria KLCC yg dalamnya terdapat ikan sebesar manusia dewasa (ikan apa namanya..sudah lupa la), dll spesis seantaro dunia spt burung2, itik2, monyet2, kucing2, harimau, beruang, rusa, kambing, buaya dll..selebihnya adalah pameran gambar,arca, batu aked, dll..


entrance lye huat garden
kolam ikan koi
'sanding gajah, bunting gajah'
heroin
heroin

heroin (dgn 'mamam' a.k.a sooter dia) berlatarkan hero
'Kau merak kayangan..aku gagak di rimba'
rusa pun ada..
Pak Belang dh besar..dulu aku masuk masa mula2 buka baru anak comel
bear..

Tuesday, May 26, 2009

'luler', reliability and validity

Pelat si kanak2 menyebuk perkataan 'ruler'. Semalam, Man baru saja merungut ruler nya tak cukup panjang untuk menggaris..(baru beli dua activity book untuk dia, sibuk buat kerja mengalahkan orang prepare viva). ingat tadi lepas kursus terus nak pi koop cari pembaris panjang untuk dia...tapi tak da mood plak...nak mengarang tesis pun tak da mood...(ngarang blog..ada mood plak-krisis nih!).

tapi, menariknya dalam kursus 'instrument construction' aku pagi tadi, perkataan 'ruler' dan kisahnya timbul lagi menjangkaui fungsi asasnya...dalam workshop tadi Prof ada kaitkan bagaimana 'ruler' explaint the concept of instrument reliability and validity..pendeknya, sesuatu yang 'betul' itu belum tentu boleh 'dipercayai', dan sesuatu yang boleh 'dipercayai' belum tentu 'betul'..untuk menjadikan sesuatu itu 'betul-betul boleh dipercayai'..kedua-duanya perlu saling melengkapi...

Bagi aku, dalam perspektif kehidupan, agak sukar mencapai keduanya..dalam kita menganggap sesuatu itu 'betul' adakala ianya 'membohongi' kita tetapi dengan mudah pula kita 'mempercayainya'..ahhh..'betul-betul ho liao'..

Thursday, May 21, 2009

Ulangtahun Kelahiran Amirah yg pertama

Ami's first birthday..sederhana saja keraiannya sebab, ami kurang sihat..demam campak..InsyaAllah kalu ada rezeki akan dibuat sekali lagi dengan Abang bulan Julai ni..

Monday, May 11, 2009

Yang tidak pernah..hanya satu!

Kasih sayangnya tidak pernah surut
Keringatnya tidak pernah kering
Kesabarannya tidak pernah luntur
Ketabahannya tidak pernah goyah
Doanya tidak pernah putus
Matanya tidak pernah kering dek air mata
Meniti hari, menyemai, menyirami,membajai,membelai
Benih-benih kehidupan...diasuh menjadi insan..

Ibu, kau tidak pernah menyesal mendidikku,
Aku juga tidak pernah menyesal memiliki ibu sepertimu
Hanya satu, kau yang bertakhta dihatiku..
ibu, terima kasih atas kasih sayangmu
yang tidak pernah terhenti barang sesaat..
Hanya satu, kau IBUKU...


Satu Penghargaan Buat Ibu-ibu di mana Jua Anda Berada..
Selamat Hari Ibu, Jasamu tidak terhitung hendak dibalas..

Monday, April 6, 2009

Selamatkah data peribadi kita di tangan Mereka?

Data peribadi anda termasuklah nama, no ID, telefon dsbnya yg anda pernah gunakan untuk sesuatu tujuan komersial mungkin disalahgunakan pihak2 tidak bertanggungjawab...bukan prejudis, tapi itulah realiti yg terjadi pada aku baru-baru ini (minggu pertama April 2009). Mereka (peniaga/agen/pembekal perkhidmatan/yg seumpama dgnnya) mungkin tidak jujur apabila terdesak..lantas mengambil jalan mudah menggunakan maklumat sedia ada untuk menjerat pengguna..

rentetan dari laporan akhbar Harian Metro edisi Sabtu 4/4/09 berkaitan perangkap kad kredit oleh bank2 di Malaysia memang ada kebenarannya..Melewati catatan aduan pengguna di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC, 2009) hampir 500 aduan berkaitan kad kredit dilaporkan sepanjang tahun 2009 ini.

The story begin....lebih kurang 2 minggu lepas aku ada terima panggilan tak diundang oleh wakil sebuah bank menawarkan visa kad. aku dengan sopan menolaknya, kerana telahpun mempunyai mastercard dari bank yang sama..malah, kredit limit sedia ada pn mencecah 5 angka..x berbaloi utk dapatkan yang lain.

Selang seminggu kemudian, aku terima no pin visacard berkenaan, menandakan kad berkenaan telahpun diproses tanpa persetujuan aku. And the case start, 2/4/09 jam 11am aku terima kad visa berkenaan, sambil membuka sampul, terima satu lagi panggilan dari seorang perempuan agen bank yg sama nak offer supplement card..and the melenting agenda begin.....terkesima budak tu kena hambur dengan aku..

In evening, aku report the case to the customer service via phone, reporting 1) to cancel the card, 2) to have clarification within 14 working days of how the card was processed without my application and signing any form...tapi yg aku rasa macam nak anyam si customer service betina (sorry..) tu ada ka patut dia minta no pin utk konon2nya verification..#@)#$)%*%&!

keesokkan harinya, pagi kurang lebih 10 am masa di kampung aku dpt call dari agen bank berkenaan argue pasai apa aku buat report and trouble him..lagi hangin aku..aku tanya balik "awat, sapa bg kebenaran proses and guna data2 aku?", "bila aku apply, and sapa yg trouble sapa?"...mcm2 aku hambur kat chinese man tu, and last dia admit dia terdesak nak kejar sales target..so, aku balas "it's not my business!"..siap sms aku minta maaf, konon2 nak tarik balik aduan..aku bo layan..ada sms dia dalam simpanan aku, mungkin berguna utk tujuan pembelaan kelak.

i'm really frustated that the most trusted bank worldwide do such a stupid and unprofessional jobs..sejak khamis lepas, tidak kurang 5 panggilan promosi loyalty card,previllage, vip card bla bla bla aku terima dan yg pasti aku tak pernah berminat dgn apa jua tawaran seumpama ini yang banyak buruk dari kebaikannya..

Anda nilailah sendiri, selamatkah data peribadi anda?

Sekitar alam...

Buah durian terbesar di Kedah, ada di kampung ku...tak siapa berani menjamahnya...


jam besar..jam besar..menara jam besar Parit Buntar
Belakang menara jam ni, ada kedai tukang jahit idola aku masa sekolah dulu, sebelah and sepanjang parit/longkang besar tepi tu, dulu2 ada sederet kedai papan jual pakaian/peralatan sukan..murah2, cantik2 (amoy dia..) haha..sekarang..semua dh tak ada...ditelan pembangunan..

Jambatan yang menghubungkan Kedah (Bandar Baru) dan Perak (Parit Buntar).
Sungai Krian ini banyak nostalgianya, baik mahupun buruk..
Jambatan ini wujud selepas tragedi feri (pelantar berkabel kot) karam dan meragut nyawa pelbagai peringkat umur..Aku difahamkan, kanak2 banyak menjadi mangsa feri karam tu.
Masa aku kanak2 masih ada khidmat pengayuh sampan menyeberangi sungai ni..sekarang, semuanya tinggal kenangan..jeti berlabuh sampan pun tiada, jeti asal feri pun telah dinaik taraf menjadi tempat2 perteduhan di sepanjang sungai..
Uniknya, di sepanjang pinggir sungai ini dulu ada deretan kedai2 papan yang didirikan sebahagiannya di atas sungai..antara favourite aku, kedai roti canai Non and satu kedai mi siam..
Parit Buntar tempat aku membesar, berniaga dengan arwah abah sejak darjah tiga sampailah ke menengah sebelum pasar basah berhampiran sungai krian ini dirobohkan. Dari situ bermulalah zaman gelap periuk nasi keluarga kami..
kini, ahh..semuanya telah tiada..hanya tinggal kenangan yg tak mungkin aku lupakan..tempat yg pernah mendidik aku akan erti perit jerih kehidupan, kemanusiaan dan kekitaan...


Monday, March 9, 2009

Ambil lesen ke?

Selepas hampir 8 tahun aku mengajar..ni baru aku nak cuba dapatkan 'lesen' untuk mengajar..ajaib sungguh...rupa2nya selama ini aku mengajar tanpa lesen..mujur tak kena saman..kesian kat bekas2 pelajar aku..tapi tak pula aku mengajar ilmu sesat...aku ajar mereka untuk hidup dan kehidupan..dalam kehidupan mereka tak lari dari aktiviti pemasaran..dalam kehidupan juga mereka perlu tahu untuk hidup..sebab tu dalam kuliah2 aku, sengaja aku selitkan unsur2 kemanusiaan..supaya mereka lebih paham dengan mendalam 'siapa mereka'...asal usul mereka supaya suatu hari nanti mereka tidak 'mencicirkan' sesiapa selepas mereka berjaya..

Belajar hanyalah lesen untuk anda bekerja..mempunyai kerjaya selepas belajar bukan satu jaminan...tetapi bagaimana belajar memanfaatkan ilmu yang anda belajar mungkin menjadikan anda bekerjaya...tak pelik..ada realitinya..

Phd is just about to get 'licence to teach'..haha...which i think this is the most difficult licence to have in my life..takde ke lesen terbang??? bagaimana gamaknya ya calon2 Doctor of Philosophy in Philosophy? ini pun dah berat kepala aku...badan pun naik berat skali..(significant positive correlations)...

Mungkin inilah hadiah tebaik untuk arwah abah aku yang banyak bersusah payah membesarkan anak2nya..dia nak sangat aku ada diploma..tapi aku takda diploma...aku ada ijazah sarjana, dan sarjana sains..dah memadai bagi aku..syukur...tapi aku langkah setapak lagi menguji kemampuan..kalau dia masih ada..ahh..tentu dia bangga..inilah harta yang pernah dan telah dia tinggalkan untuk aku..ILMU! harta segala harta, dunia dan akhirat...

Thursday, March 5, 2009

Kedai Cikgu Bakar

Hari ini sebaik berawang-awangan di ruang siber, aku teringat menara jam besar parit buntar..lalu aku taip melalui google kalu2 boleh dapat sejarahnya..alih2 kluar wikimapia tunjuk di mana letak menara jam besar ni...dan dalam menjengah map yang tersedia...ada tagline 'kedai cikgu bakar'..maka terimbau semula nostalgia lama antara aku dengan kedai cikgu bakar ni...

kedai cikgu bakar letaknya berhampiran dengan balai polis bandar baru, memang dah lama kedai ni..teringat lagi masa aku taska arwah abah selalu singgah beli nasi lemak gulai kerang RM0.30 sebungkus...bukan bungkus biasa, bungkus dalam plastik dan diikat macam kita beli teh ais bungkus tuh...memang nostalgia, teringat plak macam mana aku dok belakang membonceng basikal tua arwah abah..(kalu kelapangan aku blog memori aku dengan arwah kemudian..sempena ulangtahun kematian arwah 1/4/1946-1/3/2001).Al-fatihah...

kedai cikgu bakar ni istimewanya pada pemiliknya yang juga cikgu aku masa sekolah rendah dulu..ngajar BM dan Math, last raya 2 tahun lepas aku sempat kucup tangan dia masa jumpa di masjid..dek tak kerana semangat dan tunjuk ajar dia dulu2 tak mungkin aku jadi seperti mana aku hari ni.."salam cikgu, ingat saya lagi?", "ingat, cikgu kenal kamu, anak arwah shaari kan?, tapi cikgu lupa dah nama", "alhamdullillah, cikgu kenai lagi saya no, cikgu sihat?, "sihat, macam ni la orang tua...", "terima kasih la cikgu didik saya sampai saya berjaya la ni", "sama2, cikgu berdoa kat anak2 murid cikgu setiap masa..sampai berjaya, cikgu tak lupa.." dihujung perbualan aku nampak titis2 kecil air mata cikgu berjurai...entah sempat atau tidak aku berjumpa lagi dengan dia selepas ini..terlalu besar pengorbanan cikgu pada anak muridnya....jutaan terima kasih cikgu bakar dan seluruh cikgu2 di malaysia yg berkorban mendidik anak bangsa....

menu kedai makan cikgu bakar ni, nasi lemak sebelah pagi, petang2 semua menu goreng2, but yang paling aku suka mi kuah dia..rasa klasik dia lain...bukan semua tukang masak boleh masak mi kuah rasa resepi klasik...memang lain, pernah aku jumpa sekali di Kodiang tapi dah tutup kedai tu...sekarang anak2 cikgu bakar yang menjalankan perniagaan tu...servicescape dia tetap mcm dulu, ada kerusi & meja kayu antik..kedai pun kedai papan ja...dulu anak dia pakai mitsubishi lancer yang ada kepala kuda kat depan tu...huh, idol habis aku...sekarang tak tau lah..

lanskap bandar baru pun dah banyak berubah...masyarakatnya, nilai dan norma kehidupan tentu berbeza..masa aku sekolah rendah, tiap kali keluar pekan @ berselisih di tengah jalan, orang2 tua kenai aku anak sapa, dan aku tau depa sapa dan di mana rumah depa...la ni, hampir 60% rasanya bukan penduduk bandar baru original....semuanya berubah sekelip mata dan bakal berubah...hanya memori ini yang tidak dapat diubah...dan terusan memanggil, adakah anak2 aku terus dapat nikmati memori seindah ini....atau terus dilingkungi tuntutan materialistik keperluan dunia yang semakin terdesak dan mendesak!

Ah!! sayangnya, masa berlalu tak akan kembali..

Sunday, March 1, 2009

Kereta dan Beban...parking bertambah beban

Bila menulis tajuk ni aku yakin, di seluruh bandar2 utama tanah semenanjung Malaysia ni mahupun diseantero dunia, parking di mana2 pun berbayar...walaupun hakikatnya kita dah bayar macam2 cukai...dan di samping tu aku fikir pakai kereta ni banyak beban daripada menolong..daripada mula2 anda beli, guna, sampailah anda lupuskannya; 1) beban bayar pendahuluan, 2) beban bayar bulan, 3) beban penyelenggaraan, 4) beban insurans dan cukai jalan, 4) beban bahan api, 5) beban tol, 6) beban alam sekitar, 7) beban jiwa dek kesesakan, 8) beban parking.....(p/s beban mengikut pengalaman masing-masing)... dan memikirkan beban2 tu aku jadi semakin tidak bermotivasi menggerakkan kereta aku keluar ke bandar, cukup lah sekadar panas2 kan enjin...

Dulu nak ke pekan aku tak kisah sangat, tapi sejak2 pekan Jitra ni dah tiru macam pekan2 yg lain 'parking berbayar' maka bertambah rimas aku nak keluar...mengingatkan kembali nostalgia aku kena kompaun parking di Parit Buntar dan Sungai Petani dulu....(parit and sungai ni memang tak secocoklah dengan kereta aku)....nak bayar tak kisah sangat, tapi nak cari kotak parking tu yg memeluatkan aku....kalu kosong nasib baik la tu...tapi kadang2 kosong pun aku meluat jugak, sbb tak leh masuk dek org yang tak berhati perut parking dalam 2 kotak utk kereta dia! Jangan amalkan tau..ingatlah keperluan orang lain sama.....

Memikirkan beban2 itu, maka terlintas gak di fikiran aku akan nasib rakan2 yang terpaksa berhenti kerja, dibayar gaji separuh dan seumpama dengannya...yang malangnya, perut tak boleh berhenti diisi, kerja berhenti, makan kena diteruskan....kesian...maka beban mereka berkaitan kereta pastinya lebih berat berbanding pendapatan yang semakin kurang...mujur kerajaan dah tangguh kenaikan tol...

Maka aku dapat simpulkan kereta yang ada ni hanya membebankan, dan hanya membantu anda membawa 'beban' ('beban' yang dibawa bergantung kepada saiz penumpang)...

Friday, February 27, 2009

cUti-CuTI MAlaYsIA : CaMERon HiGhLaNDs

'cuuu cakkk'....kata Ami

cactus valley...'itu atas punya pokok, rm500 lebih..ada mau ka?'

Pasar Kea Farm....'beli kak, jgn tak beli....'


Nyaman...Bharat Tea Farm


'Senget'...akan muncul dipasaran selepas Sepet!

'Ingin ku Petik....'

Terima kasih pada 3 buah famili yg lain, 'mak, kak, adik' yg turut menjayakan trip kali ni...len punya trip korang plak sponsor no....