Thursday, March 5, 2009

Kedai Cikgu Bakar

Hari ini sebaik berawang-awangan di ruang siber, aku teringat menara jam besar parit buntar..lalu aku taip melalui google kalu2 boleh dapat sejarahnya..alih2 kluar wikimapia tunjuk di mana letak menara jam besar ni...dan dalam menjengah map yang tersedia...ada tagline 'kedai cikgu bakar'..maka terimbau semula nostalgia lama antara aku dengan kedai cikgu bakar ni...

kedai cikgu bakar letaknya berhampiran dengan balai polis bandar baru, memang dah lama kedai ni..teringat lagi masa aku taska arwah abah selalu singgah beli nasi lemak gulai kerang RM0.30 sebungkus...bukan bungkus biasa, bungkus dalam plastik dan diikat macam kita beli teh ais bungkus tuh...memang nostalgia, teringat plak macam mana aku dok belakang membonceng basikal tua arwah abah..(kalu kelapangan aku blog memori aku dengan arwah kemudian..sempena ulangtahun kematian arwah 1/4/1946-1/3/2001).Al-fatihah...

kedai cikgu bakar ni istimewanya pada pemiliknya yang juga cikgu aku masa sekolah rendah dulu..ngajar BM dan Math, last raya 2 tahun lepas aku sempat kucup tangan dia masa jumpa di masjid..dek tak kerana semangat dan tunjuk ajar dia dulu2 tak mungkin aku jadi seperti mana aku hari ni.."salam cikgu, ingat saya lagi?", "ingat, cikgu kenal kamu, anak arwah shaari kan?, tapi cikgu lupa dah nama", "alhamdullillah, cikgu kenai lagi saya no, cikgu sihat?, "sihat, macam ni la orang tua...", "terima kasih la cikgu didik saya sampai saya berjaya la ni", "sama2, cikgu berdoa kat anak2 murid cikgu setiap masa..sampai berjaya, cikgu tak lupa.." dihujung perbualan aku nampak titis2 kecil air mata cikgu berjurai...entah sempat atau tidak aku berjumpa lagi dengan dia selepas ini..terlalu besar pengorbanan cikgu pada anak muridnya....jutaan terima kasih cikgu bakar dan seluruh cikgu2 di malaysia yg berkorban mendidik anak bangsa....

menu kedai makan cikgu bakar ni, nasi lemak sebelah pagi, petang2 semua menu goreng2, but yang paling aku suka mi kuah dia..rasa klasik dia lain...bukan semua tukang masak boleh masak mi kuah rasa resepi klasik...memang lain, pernah aku jumpa sekali di Kodiang tapi dah tutup kedai tu...sekarang anak2 cikgu bakar yang menjalankan perniagaan tu...servicescape dia tetap mcm dulu, ada kerusi & meja kayu antik..kedai pun kedai papan ja...dulu anak dia pakai mitsubishi lancer yang ada kepala kuda kat depan tu...huh, idol habis aku...sekarang tak tau lah..

lanskap bandar baru pun dah banyak berubah...masyarakatnya, nilai dan norma kehidupan tentu berbeza..masa aku sekolah rendah, tiap kali keluar pekan @ berselisih di tengah jalan, orang2 tua kenai aku anak sapa, dan aku tau depa sapa dan di mana rumah depa...la ni, hampir 60% rasanya bukan penduduk bandar baru original....semuanya berubah sekelip mata dan bakal berubah...hanya memori ini yang tidak dapat diubah...dan terusan memanggil, adakah anak2 aku terus dapat nikmati memori seindah ini....atau terus dilingkungi tuntutan materialistik keperluan dunia yang semakin terdesak dan mendesak!

Ah!! sayangnya, masa berlalu tak akan kembali..

No comments: