Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa


"Selamat Hari Bapa" kepada semua yang bergelar bapa di dunia maya pada ini..

Terima kasih tak terhingga juga pada arwah abah (duduk dalam gambar) yang telah banyak berkorban untuk kesejahteraan anak-anaknya.

Gambar ini menceritakan segala kepayahan abah mendidik anak-anaknya..suatu ketika dulu, berniaga menjadi punca rezeki keluarga..Dari titik peluh abah dan mak lah aku berjaya hingga ke tahap ini.

Dari abah, aku belajar satu ilmu yang tidak mungkin diperolehi di mana-mana..itulah, kepayahan..dengan kepayahan jugalah aku bangun, hidup dan dimotivasikan..

Adik-adikku yang membaca entri kali ini, ingatlah..."kepayahan hari ini akan memberi anda kesenangan di kemudian hari.., kalau anda tidak perolehi apa yang anda hajati hari ini, mungkin Allah simpan untuk berikan yang terbaik untuk anda di kemudian hari.."

Aku pernah susah, aku tidak akan menyusahkan orang lain dan aku juga tidak mahu orang lain susah kerana aku....

3 comments:

mohad said...

hidup ini kena tolong menolong...

Unknown said...

Niezam, hang umur berapa ya?aku mie budak tadika kat sebelah bandar baharu tu, sebaya aku ka? (acutally aku lahir tahun 1982)aku teringat lagi lar kat nasi lemak lauk uddang tu

nuaimiera said...

mie, makasih mau lawat bloq aku...kira2 aku ni senior tadika tu la..aku lahir 1977...nasik lemak lauk udang tu x da dah..tapi kalu nasi & mee kuah kedai cikgu bakar masih ada...cikgu bakar pn ada lagi, last month aku makan kedai dia, jumpa..eer..cikgu zaharah ka yg masih bujang tu, ka cikgu che su?
hang ada blog? mai link aku..