Sunday, July 19, 2009

Sambutan Hari Jadi anak-anak

Seperti yang dirancang, Alhamdulillah majlis jamuan makan sempena hari jadi Man dan Ami berjaya disempurnakan pada 18 Julai 2009. Hampir 95% para jemputan hadir, merangkumi jiran setaman dan sekampung..

Ramai & cukup meriah walaupun sederhana...

Yang penting dapat rapatkan silaturrahim jiran tetangga, berkenal-kenalan dan beramah mesra.

Menu kali ini bersumberkan tiga 'daerah': soto dan rambutan dari Kg. Padang (menu kawan mertua), bihun sup daging, agar2 lumut dan ketupat sambal bilis dari Kg Teluk Nibung (menu mak mertua), chicken nudget, spegati dan ketupat nasi (menu dan masakan dari aku & isteri..tapi special kali ni, spegati aku buat..haha, chef zam di sini, jangan tak tau nooo..)

Turut menghiasi meja hidangan adalah sebiji kek choc sponge 'ben-10'...

Antara beberapa foto yang sempat dirakam lensa penganjur...







Wednesday, July 15, 2009

Sejauh Umbai, Sesibuk Leman Dawi

Julai 6-10, 2009, aku berkesempatan bawa isteri, anak-anak dan mak bercuti ke Melaka..sambil aku bersidang di Equatorial Hotel, aku tinggalkan mereka di Mahkota Hotel Apartment (MHA). MHA terletak di kawasan yang strategik dengan pemandangan menghadap Selat Melaka yang mendamaikan berdampingan tempat santai keluarga Mahkota Parade dan berdekatan pula dengan Dataran Pahlawan yang menempatkan tinggalan sejarah agung negara...(berbunga habiss..)..ah bosan..














Signage ke Mahkota Melaka : Arrive at 1.30pm

View dari bilik 2126 Prangipani Wing 2

Kolam mandi 'Dolphin'. Ada satu lagi kolam berhampiran lobby-kolam 'bunga raya'

Malam sebelum bersidang aku dah bawa family ke gerai terapung umbai baru (mujur ada GPS, kerja mencari lokasi menjadi lebih mudah)...kat sana kami pekena seafood ja antara menunya, siput sepahat masak cili, siakap tiga rasa, sotong celup tepung, dll..yg pasti siput tu pertama kali aku jumpa dan cuba...not bad..


Gerai terapung Umbai Baru...tak sah kalu tak pekena nasik lemak ngan masakan laut..Kami cuba siput 'sepahat'..

dalam bilik 601 Corus PD..

sepanjang hari aku bersidang di Equatorial, petangnya aku bawa mereka pusing2 sekitar bandar hilir ja..penat..pagi esoknya kami bertolak ke Port Dickson dan Corus Paradise Resort menjadi pilihan penginapan..boleh tahan juga, view yang menarik mengadap selat melaka..ada beting pasir bertentangan dengan view bilik kami..petang tu, aku bawa depa mandi manda di Telok Kemang, Man dah berani turun setakat pinggang..ok la tu..abah dia bukannya pandai berenang pun nak mandi ke tengah..huhu...

sebelum ke PD, kami singgah di Cendol Leman Dawi..unik..


Corus dari beting pasir

Penat di PD, mengejar masa, dan masing2 letih dek perjalanan yang jauh..esok tu plak boleh singgah Putrajaya plak, saja bagi depa ronda-ronda tengok pejabat PM kita...petang bertolaklah balik ke kampung..


Dataran Putrajaya 10 Julai 2009

pendeknya, perjalanan persidangan dan percutian kali ini enjoyful with painful (hehe)...yang sakitnya, sebelum berjalan kereta sakit dulu..dah melayang RM1200..nak buat macamana..itupun bagus juga, kereta jaga tuan, kalu rosak dalam perjalanan, lagi naya kan?

Persidangan Pemasaran 2009















8-9 Julai 2009 yang lalu aku ikuti satu persidangan antarabangsa anjuran IPTA tempatan. Dalam persidangan berkenaan aku berkesempatan membentang kertas cadangan penyelidikan aku. Alhamdulillah, semuanya lancar..tetapi agak kurang memuaskan memandangkan tidak banyak maklumbalas yang diterima daripada audien..Pun begitu, aku dapat juga rakan baru yang boleh dijadikan jaringan kerja memandangkan dia juga dalam bidang yang sama dengan aku..
InsyaAllah, setidak-tidaknya dapat juga bertukar-tukar fikiran dalam lingkungan pemikiran orang-orang dari Malaysia (selain Jerman, Thailand, Sweeden, dll)..

Monday, July 13, 2009

Projek (PhD) Sampingan












Minggu ke-dua cuti sekolah baru-baru ni, aku bersama jiran belakang rumah memulakan projek menaikkan pagar bata block di sempadan kami..projek ni berakhir juga dalam tempoh tiga (3) hari bermula dari mengukur, beli barang, korek beam, ikat besi tetulang, tuang simen, susun bata dll yang dibuat secara bersama dgn jiran..so inilah hasil2 peluh yang mencurah-curah itu (tak de titik peluh lagi dah)...

Aku dibantu oleh "EXORA" aku kat atas tu..man kata, kereta sorong ni macam proton exora sebab boleh muat bata banyak dalam satu2 masa..ye lah...

Bekas kolam fibre biru itu pn dah dimanfaatkan sepenuhnya menggantikan kolam bulat cendawan dalam posting2 terdahulu..

itu lah dia...perubahan yang sentiasa berubah-rubah dek memenuhi minat dan citarasa pemilik..

Pagar belakang masih terbengkalai sedikit gara2 partner demam dan takdan siapkan dinding sebelah dia, so, masih ada satu tiang tak lengkap bagi membolehkan pintu pagar dipasang..InsyaAllah, sebulan lagi siap kot...tembok pagar depan dan siap plaster and cat, that's why aku dah buat kolam baru...(spt gambar 1-kiri)