Tuesday, April 5, 2011

Jalan lurus yang tak pasti..


Kata orang jangan sampai 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'..jalan inilah yang aku ambil pada mula-mula entry pertama dibuat..
Pendek cerita...apa yang dalam genggaman, akan terusku genggam rapat, apa yang tiada dalam genggaman akan kucapai semampu mungkin..
4 April 2011 menjadi penanda aras berikutnya, setidak-tidaknya untuk aku sendiri, sama ada jalan aku ini akan terus lurus ke destinasinya atau mungkin berliku-liku sebelum aku sampai ke penamat 4/10/2011..
tempoh sesingkat itu tak memungkinkan aku terusan santai berkayuh..aku perlu terus menambah kelajuan..dengan harapan jalan ini akan terus lurus...maka tamatlah kayuhanku sebelum masa ditamatkan..sasaranku terus berada dalam masa permainan...
tetapi inilah hakikat, jalan yang telah aku ambil sejak mulakan kayuhan..jalan lurus yang tak pasti...

The other half of me..


it's me..the other half..my soul, my joy, my friend, my life!

Tuesday, July 6, 2010

Hari yang malang..meruntun jiwa


Tanggal 28 Jun 2010 bakal ku ingat sampai mati..Tarikh yang hampir meragut nyawa anak kecilku...

Sekitar jam 4.04 petang, aku dikejutkan dengan panggilan kecemasan daripada rumah mertua memaklumkan kejadian, anakku tercekik duit syiling..aku percaya kejadian mungkin berlaku 5-10 minit lebih awal sebab mertua telah sedaya upaya berusaha mengeluarkan syiling sebelum itu..

Mujur aku dirumah (lebih kurang 500m jaraknya), terus ku pecut kereta tanpa mengunci rumah..yg lebih penting padaku ketika itu adalah anak kecilku..

Sesampai aku lihat, anak aku dah stabil, cuma kadangkala terbatuk dan terasa seperti muntah..mungkin syiling tu sudah melepasi kerongkongnya, pun begitu aku tetap memecut kereta ke hospital yg 1km drp rumah.., namum aku masih sempat bertanya anak kecilku..."Ami OK dak?", dijawabnya, "OK"..resahku sedikit pudar, tapi jiwaku tidak setenang itu..hanya Allah yang tahu...

Sesampai di wad kecemasan, disebabkan keadaannya yang stabil, 10 min selepas sampai x-ray dibuat dah disahkan syiling 10 sen berada di dalam perutnya..AllahuAkhbar! Disebabkan dia masih stabil dan aktif, sejam selepas itu, dia didiscaj daripada wad kecemasan dan dibenarkan pulang..kata doktor, syiling itu akan keluar dgn najis.

Cuma kami diarahkan memantau keadaannya bagi simptom2 seperti kembung, muntah, cirit birit atau demam..Selepas 2 hari kesemua simptom itu tiada dan syiling masih tidak keluar. Tak sedap hati, aku ke hospital swasta, keputusan masih sama, syiling masih ditempatnya..pakar memberi 2 pilihan; 1) ubat utk keluarkan syiling, 2) pembedahan (jika terdapat simptom)..

Kecewa...aku pulang, sambil ikhtiar solat hajat, bacaan yasin, doa dan rawatan tradisional..

Hari ketiga, aku balik ke hospital kerajaan, x-ray ke 3 dibuat, masih ditempat sama, diarah pulang slps dirujuk ke pakar kanak-kanak hospital besar..nasihat supaya tunggu ia keluar..Allahuakhbar..memang meresahkan semua...ikhtiar masih diteruskan..aku buat cara ku..

akhirnya...Jumaat 2 Julai 2010, jam 9.45pg, syiling itu keluar dari perut anak kecilku..penuh syukur kepadaNya aku panjatkan..atas semua ikhtiar, doa dan usaha semua pihak..Syukur Alhamdullillah...

Pengajarannya, kanak2 memang suka sesuatu benda baru, penuh dengan sifat ingin tahu dan mencubanya..kita perlu peka, memastikan keselamatan dalam persekitarannya..

Sehingga kini, aku tertanya di mana dia mendapat syiling itu....

Saturday, March 27, 2010

Si burung..





Pagi 27 Mac 2010, aku mula mengemas rumah. bukan apa pn..just buang sawang & sapu sampah n cuci bilik air..Petangnya adik aku dan rakan2 nak menumpang tidur sempena konvo uum..kena la bersih apa yg patut..kang malu plak tetamu..

Bilik air atas memang menjadi target aku, sbb dah lama aku bertagak2 untuk membuang sarang burung yang bersarang di penjuru tingkap bilik air..malam-malam sebelumnya, aku dah cuba buang, tapi sebaik aku usik sarang seekor burung keluar dan terus terbang keluar..hah! dua2 terkejut..dek kesian hujan malam itu, aku pn biar lagi..

Hari ni dah angkat sarang, aleh2 dah ada penghuni tambahan..ada dua telur belum menetas dan dua anak burung yg baru menetas..bertambahlah kesian aku nak buang sarang tu..

Aku decide tinggal sarang tu sehingga penghuninya tinggalkan..mungkin 'dia' tak tinggal lama, sekadar menumpang 'ruang' menambahkan zuriat..biarlah di situ..'mereka' juga tetamu ku..

Dan ketika entry ini ditulis, 'si ibu' berkicau-kicauan di bilik air atas mungkin 'menyuapkan' si anaknya..ah..alangkah indahnya kehidupan...

Tuesday, February 16, 2010

dan apabila berjanji dengan mereka...

Pagi tadi, sambil menghantar wife ke tempat kerja, aku bawa bersama2 hero dan anak2 sedara aku (Sofea & Sofian) ke UUM...janjinya nak bawa tengok2 rusa & melihat kelibat kera di UUM...al-kisah, sampai di UUM, rusa saja yg kelihatan, dan pulak jauh2 belaka..tapi sempat jugalah Sofea identify rusa2 jantan & betina..Risau jg aku tengok muka dia dh frust..pada imiginasi dia, aku akan bawa dia seolah2 masuk dalam zoo.., dapat tengok semua jenis binatang.."pakngah, lepas tengok rusa lepas ni kita tengok binatang ape pula? Ular, Zebra, Crocodile tak de ye?"...haha...mana la ada zoo dlm universiti ni Sofea..puas berfikir untuk menyeronokkan mereka aku bawa ke tapak ekuestrian UUM..lega..seronok nampak..nak pulak boleh membelai kuda2 tu..teruja..maka mungkin hari ini aku boleh dianggap berkata benar..mana tidaknya..semalam aku janji nak bawa ke Tasik Darulaman, dah bawa pun..cuma tak turun kereta dek panas..tapi selepas balik Sofea mengadu dengan mamanya, "pakngah bohong, pakngah tak bawa pegi tasik pun"..hah! sudah..rupanya, imiginasinya bahawa pergi tasik itu dapatlah dia mendayung sampan..aduhai..dan itulah...apabila berjanji dengan mereka..perlu berhati2..imiginasi mereka mengatasi jangkauan kita..

Thursday, January 21, 2010

Ureteral Stone

Memandu dari Jitra-Kuantan memang memenatkan. Walaupun aku seorang sahaja yg memandu (w/pun ada penumpang lain yang ada kelayakkan memandu), penat sedikit kurang dek ditemani keletah anak2 (yg lasak2 belaka). Apa yang lebih memenatkan, aku didiagnosis mengalami masalah bengkak buah pinggang angkara batu karang di dalam sistem 'urinary' @ lebih tepat lg didiagnos 'acute left-ureteric stone'...patut la selama ni dok sakit pinggang dan seluruh belakang badan. Walaupun batu sebesar 1cmx0.5cm, sakitnya Allah ja yang tahu...

2 kali di tahan di wad, ESWL (prosedur shock wave bagi memecahkan batu), yg pertama gagal apabila diagnos 2 minggu selepas tu, batu masih di tempatnya. Yg kedua ada improvement, sbb selepas prosedur, ada ketulan2 kecil batu dan darah bersama air kencing dikesan. Treatment ketiga InsyaAllah 24hb Jan 2010..harap2 menunjukkan perkembangan positif..

Nampaknya, permulaan tahun 2010 aku telah diuji..mungkin ada hikmahnya..menginsafi aku agar lebih menjaga kesihatan..lantas tidak terlalu mementingkan 'kerja'.. Betullah kata orang, yg dikejar belum tentu dalam genggaman, yang dimiliki patut dihargai dan disyukuri..Mudah-mudahan Allah berikan aku kekuatan dalam menempuh dugaanNya..

Wednesday, December 30, 2009

Suka Duka 2009

Sedar tak sedar 2009 bakal melabuhkan tirainya..
Tersingkaplah tirai 2010 yang pasti lebih banyak cabaran dan dugaannya..
Sedang asyik aku memasang cita dan angan untuk diisi dalam kalender 2010 terlintas pula kisah2 sepanjang 2009 untuk dikongsi bersama..antaranya adalah kisah antara aku, kau dan mereka..

Kisah-kisah suka tentunya melihat keletah anak2 membesar di depan mata. Man sudah pandai membaca, mengira dan membaca iqrak..Alhamdulillah..Ami dengan karakternya yang tersendiri; mudah tersenyum, tegas dan suka dimanja..Asyik juga kadang2 melihat dia 'memanjakan' teddy bearnya yang banyak itu (ibu plan nak beli yang baru..hmm, sepah lagi la ruang tamu)..

Tahun 2009 juga pertama kali majlis sambutan hari lahir Man dan Ami diadakan serentak..meriah! Alhamdullillah, dapat juga mengadakan kenduri untuk tetamu..kalau dulu, sebelum cuti belajar, student aku yang selalu dapat nikmat kenduri ni, samada aku beli makanan dari luar masuk ke kampus atau aku undang mereka datang ke rumah..aku enjoy meraikan tetamu..puas dan dapat bersedekah...

Pengakhiran 2009 agak suram dek beberapa insiden yang tak dijangka..2 perkara duka menyapa di penghujung 2009 dengan insiden:
1) kemalangan jalan raya kecil melibatkan kereta wife (21 Nov 2009)
2) masuk wad disebabkan penyakit batu karang dalam buah pinggang..(28 Dec 2009)..sekarang masih mengamalkan ubat-ubatan dan bakal ikuti rawatan susulan 11 Jan 2010 ni).
plus 1 adat musibah berkereta..
3) kereta tua rosak..banyak alat ganti yg perlu diganti..sesuailah tu dengan umurnya..

Bagaimanapun, aku sedikit lega kerana perjalanan PhD aku sedikit mudah (walaupun banyak rintangan dan penambahbaikan yang perlu dibuat)..setidak2nya mengiakan keberkesanan hasil kerja aku selama setahun ni..

Untuk mengembirakan 'mereka' dalam hidup aku, aku tidak menghampakan mereka dengan dua siri jelajah Malaysia dengan pembiayaan sendiri..Syukur walaupun tanpa pembiayaan majikan aku berjaya melaksanakan visi 2 seminar dalam setahun..sambil2 itu lah aku bawa bersama family bercuti ke Melaka, Port Dickson, Kuantan & Cherating...

Aku labuhkan tirai 2009 dengan tawa dan duka, sebagai satu inspirasi hidup..asam garam hidup dan kehidupan..

Selamat datang 2010...InsyaAllah.