Sunday, November 30, 2008

Farmer's River

Bulan November ni banyak pulak perkara suka dan duka melanda..antaranya tayar kereta aku yang baru bertukar 3 minggu lalu bocor dek paku..for the time being aku tampung je tayar Kruizer aku tu..tapi nak kena tukar juga rasanya coz, paku tu kena tepi sangat..mcm tak yakin je nak jalan jauh2..to be honest aku rasa tayar tu macam kena khianat je masa aku pi Cave of Darkness baru2 ni...tak logik pulak paku karat 2 1/2 inci tu bleh kena tepi tayar...masuk penuh plak tu...nasib baik on the way balik dr sana angin tak keluar..the other day baru aku sedar yg ada paku kat situ...huhu...mau terbang rm200 plak nih...
and the best part, on the way back from kampung last weekend, wife ajak singgah di farmer's river (Sungai Petani laaaa..)..Jackel beli kain apa tah....lepas beli kain kami singgah makan kat the only outlet Radix Fried Chicken (RFC)..parking 10 ela ja dr kedai..but after lunch keluar nak balik tu..masuk dalam kereta, Nuqman tanya "abah, ada kertas kat cermin", aku ingat iklan apa plak..so keluar ambik..rupa2nya saman/kompaun parking..huhu..rupa2nya parking kat SP ni kena pakai kupon...mana aku tau!!! tidak adil sungguh...jumpa pegawai kat SP Plaza tu, dptlah kurang jd rm10 je kompaunnya..tapi rm10 actually about 2 piece of RFC..bukan rezki aku la agaknya..rezki MPSP..

Apa2pun duka semua tu terubat, mak aku baru je balik dari rumah aku about 5 days stay..kira rekod la tu...selalu sehari dua je..and, Alhamdulillah majlis akikah Amirah dah berlalu dengan selamatnya..

Few agenda will coming in this December..and the one i'm worried most..my progress report to my supervisor..dah nak habih tahun dah kan??? byk lagi agenda aku yg belum selesai...kolam ikan aku pun tak siap2 lagi..bulan puasa hari tu bukan main lagi..puasa pn aku buat...lani..nak bagi ikan makan pn malas....Ya Allah!!! kuatkanlah keazaman hambaMu ini...

Saturday, November 29, 2008

Labu emas...oh labu..RM9.97




Alkisah...baru2 ni aku balik kampung...sebelum sampai di rumah mak, aku singgah la econsave utk beli barang2 basah habuan makan tghari tu...antaranya yang aku beli ialah sebiji labu...dok plan dah nak buat masak lemak labu..ni memang faberet wife aku...

Alkisahnya...lepas balik rumah aku ter'notice' aku telah di'overcharge' pd barang yg tak aku beli..beli 3 jenis ikan tapi di'charge 4..lalu dengan kepantasan 267km/j aku pecut kereta sport 4 pintu aku tu (kenape..tak percaya???) pi semula ke econsave..report, tunggu 15 min jugak utk clarification..aku dh start nak sms pada manager dia dh..nasib baik celah tu, supervisor dia turun (katanya lepas check cctv) dia kata, labu yang aku beli tu tersilap punch..RM9.97 walhal harga sebenar dalam seringgit lebih je...mau angin aku dlm econsave tu dek kelalaian bangla tu menimbang, tak pasal aku terkejar2 and berlapar perut...dengan murah hati (nak cover la tu..) supervisor dia kasi aku air 100plus sebotol...so, dapatlah aku mengurangkan kepanasan temperature aku tghari tu....ni ha, buah labu bertuah tu sebelum dikupas oleh mak aku...100plus tak sempat ambik gambo..dh licin!!




kat bawah tu, label lama..tertulis harga ikan mabong, RM9.97

ni lah buah labu manis al labu emas bertuah tu..

moralnya...tiap kali beli barang..korang check la dulu resit...



Alhamdulillah...



Alhamdullillah...semuanya berjalan lancar..Majlis aqiqah Nur Amirah telahpun berlangsung dengan lancar dan selamat pada 21 November lalu...seekor kambing utk Ami...bermacam menu disediakan, antaranya; kurma kambing, gulai talang, talang goreng, sambal petai, masak lemak nangka muda, kerabu mempelam, bubur kacang, puding dll....semuanya 'out-of-stock' elok2 ja jam 6ptg..Alhamdulillah

Friday, November 28, 2008

Hi-Lo Theory

This theory initially develop specifically to describe a new habits of our little princess, Nur Amirah..Amirah dah pandai pilih orang...dia hanya akan ke sesiapa yang hulur tangan dengan syarat, org tu lebih tinggi dari dia..kalu dia ditangan org yang sedang duduk, sesiapa yang berdiri dan hulur tangan pada dia, sure dia akan berminat nk ke orang tu..kalu tidak sorry..so, that explain the theory of Hi-Lo...

Wednesday, November 19, 2008

Ami dan 'walker'nya (abang punya dulu..hehe)

"hah! Apa ni ibu???"

"huuwaaaa...ibu...angkat Ami..takutttt"








Anak sapaaa ni...

Faizal, pinjam gambo anak hang...anak aku ni, berkenan sungguh dia nak masukkan gambo dia dgn Nurin dalam blog..tapi aku pun suka gambo ni..as compared to Aidilfitri 2006 (depa kayuh basikal berdua, nanti aku cari kalu jumpa aku buat comparison)..this photo snap on Aidilfitri 2008...datang la lagi raya tahun depan..

si comel

Yang ni..baru 7 bulan..pakai topi dek nak cover rambut yang sehelai dua tu...sama macam abang..boleh tahan nakalnya..dah mula menyerlah..penat la abah dan ibu...

Kegemaran: menyanyi a.k.a menjerit..makcik belakang rumah ni selalu sangat dah dengan suara Ami...insyaAllah sehari dua lagi aqiqah si Ami...

Kenalkan...hero ku...Nuqman...seorang yang cukup pendiam di sekolah, tapi di rumah hanya tuhan yang tahu kenakalannya..tapi Alhamdulillah, pintar bangat...satu je dapat B di Taskanya..subjek seni ke apatah...yg jenis2 kraf tu la kot...mmg keras skit tangan dia...pejam celik dah 5 tahun si teruna ni...
kegemaran: usik adik

Cinta Lama

September 2008, hampir 4 tahun aku tinggalkannya…selepas dari itu, aku tidak pernah berhubungan mahupun bertanya khabar berita..bukan niatku untuk sombong padanya apatah lagi melupakannya..namun begitulah hakikat..hari ni pabila aku diberikan kesempatan berjumpa dengannya dalam pertemuaan yg tidak diatur..wajahnya,wah banyak berubah..atau lebih tepat lg tak terurus! sungguh kasihan, layanan sedemikian oleh teman baru mu..dari jauh hendak kusapa sampai dekat lidah kelu tak bersuara..sungguh kasihan teman lamaku , terpaksa kulupakan sejak 4 thn lalu selepas 2 tahun menjadi teman karib aku..byk memori bersamanya, masih terasa kehangatan honeymoon bersamanya…..sedih,tapi terpaksa lepaskan sbb beralih cinta..tapi syukur, kerana Allah pertemukan semula aku dgnnya…setidak-tidaknya aku tahu bahawa ia masih sebuah kereta yg masih berfungsi di atas jalan raya…WJW5XX0

Ranjau Penuh Duri

Aku telusuri jua perjalanan ini yang pasti penuh dengan liku dan cabaran, pilihan ku sendiri tanpa paksaan dan desakan..

harapan ku, agar isteri dan anak-anakku akan terus memahami tempoh sukar ini demi kebahagiaan di kemudian hari..besar juga harapanku agar keluarga ku akan lebih mengerti..erti pengorbanan, harapan dan kepayahan..

tiada yang istimewa untuk ku bawa bersama sepanjang perjalanan ini, melainkan iringan doa kalian ; keluarga, rakan dan taulan..

mudah-mudahan perjalanan ku dalam mencapai PhD akan menjadi pengalaman yang indah..Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku…Amin

5/10/2008