Monday, March 9, 2009

Ambil lesen ke?

Selepas hampir 8 tahun aku mengajar..ni baru aku nak cuba dapatkan 'lesen' untuk mengajar..ajaib sungguh...rupa2nya selama ini aku mengajar tanpa lesen..mujur tak kena saman..kesian kat bekas2 pelajar aku..tapi tak pula aku mengajar ilmu sesat...aku ajar mereka untuk hidup dan kehidupan..dalam kehidupan mereka tak lari dari aktiviti pemasaran..dalam kehidupan juga mereka perlu tahu untuk hidup..sebab tu dalam kuliah2 aku, sengaja aku selitkan unsur2 kemanusiaan..supaya mereka lebih paham dengan mendalam 'siapa mereka'...asal usul mereka supaya suatu hari nanti mereka tidak 'mencicirkan' sesiapa selepas mereka berjaya..

Belajar hanyalah lesen untuk anda bekerja..mempunyai kerjaya selepas belajar bukan satu jaminan...tetapi bagaimana belajar memanfaatkan ilmu yang anda belajar mungkin menjadikan anda bekerjaya...tak pelik..ada realitinya..

Phd is just about to get 'licence to teach'..haha...which i think this is the most difficult licence to have in my life..takde ke lesen terbang??? bagaimana gamaknya ya calon2 Doctor of Philosophy in Philosophy? ini pun dah berat kepala aku...badan pun naik berat skali..(significant positive correlations)...

Mungkin inilah hadiah tebaik untuk arwah abah aku yang banyak bersusah payah membesarkan anak2nya..dia nak sangat aku ada diploma..tapi aku takda diploma...aku ada ijazah sarjana, dan sarjana sains..dah memadai bagi aku..syukur...tapi aku langkah setapak lagi menguji kemampuan..kalau dia masih ada..ahh..tentu dia bangga..inilah harta yang pernah dan telah dia tinggalkan untuk aku..ILMU! harta segala harta, dunia dan akhirat...

No comments: