Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa


"Selamat Hari Bapa" kepada semua yang bergelar bapa di dunia maya pada ini..

Terima kasih tak terhingga juga pada arwah abah (duduk dalam gambar) yang telah banyak berkorban untuk kesejahteraan anak-anaknya.

Gambar ini menceritakan segala kepayahan abah mendidik anak-anaknya..suatu ketika dulu, berniaga menjadi punca rezeki keluarga..Dari titik peluh abah dan mak lah aku berjaya hingga ke tahap ini.

Dari abah, aku belajar satu ilmu yang tidak mungkin diperolehi di mana-mana..itulah, kepayahan..dengan kepayahan jugalah aku bangun, hidup dan dimotivasikan..

Adik-adikku yang membaca entri kali ini, ingatlah..."kepayahan hari ini akan memberi anda kesenangan di kemudian hari.., kalau anda tidak perolehi apa yang anda hajati hari ini, mungkin Allah simpan untuk berikan yang terbaik untuk anda di kemudian hari.."

Aku pernah susah, aku tidak akan menyusahkan orang lain dan aku juga tidak mahu orang lain susah kerana aku....

Monday, June 15, 2009

Jalan-jalan hujung minggu

'after 30m, turn right', said gps..


Asalnya Man ajak ke zoo taiping, disebabkan baru sangat berjalan ke shah alam, aku bawa hero and heroin korea aku ke Lye Huat Garden..dalam 10 minit drive from home.
Lye Huat Garden ni wujud sejak 2002, kalau dari jitra about 10 min drive, ikut lebuhraya Plus Jitra-Changloon..kurang lebih 5km sebelum Jo Gelas Besar and Cendol Pulut Napoh (jika dari Jitra). RM10 dewasa, RM4 kanak-kanak. Antara yang menarik, ada kolam besar menempatkan ikan koi, aquarium ala2 aquaria KLCC yg dalamnya terdapat ikan sebesar manusia dewasa (ikan apa namanya..sudah lupa la), dll spesis seantaro dunia spt burung2, itik2, monyet2, kucing2, harimau, beruang, rusa, kambing, buaya dll..selebihnya adalah pameran gambar,arca, batu aked, dll..


entrance lye huat garden
kolam ikan koi
'sanding gajah, bunting gajah'
heroin
heroin

heroin (dgn 'mamam' a.k.a sooter dia) berlatarkan hero
'Kau merak kayangan..aku gagak di rimba'
rusa pun ada..
Pak Belang dh besar..dulu aku masuk masa mula2 buka baru anak comel
bear..