Thursday, August 6, 2009

H1N1

Hari Ahad, anak bongsu. Isnin si ibu..Selasa aku la pulak. Hmm tup-tup, Rabu si anak sulung pulak...aduila hai...demam oh demam..Alhamdulillah bukan H1N1.

Bahaya dan bimbang jugak aku dibuatnya..H1N1 mengganas tak kenal usia dan tak bisa dikesan awal..kata Doktor yang hampir 7 orang aku ketemui dalam 2 bulan ini, tak da seorang pun yang dapat sahkan perbezaan simptom H1N1 dengan demam biasa melainkan melalui ujian darah dan X-ray untuk melihat keadaan paru-paru..

Yang membezakannya, hanyalah selepas anda demam berterusan tiga hari, batuk berdarah, pening2, sakit dada, sukar bernafas, cirit birit/muntah, berkelakuan ganjil @ bercelaru...hmm, sukarkan..?? Secara peribadi, aku berpendapat, menunggu tanda-tanda tu mungkin agak terlewat untuk merawat..bukankan lebih baik mencegah daripada merawat?

Usaha kecil yang dapat kita lakukan hanyalah :

1) kerap basuh tangan dengan sabun dengan cara yang betul.
2) gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin.
3) elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut.
4) pakai penutup hidung/mulut di kawasan orang ramai.
5) elakkan kawasan orang ramai/kurangkan aktiviti luar.
6) amalkan cara hidup sihat; tidur yang cukup, makanan yang berzat, dan lakukan aktiviti fizikal.
7)jika demam, batuk, atau selsema atau seumpama dengannya dapatkan rawatan doktor dengan segera (seeloknya hospital kerajaan)..jangan pandang enteng walaupun anda hanya demam biasa..mungkin ianya sebaliknya.
7) berdoa dan tawakal dielakkan sebarang musibah.
(nota : sebahagian senarai di atas dipetik dari hebahan KKM)

Bersamalah kita berdoa agar dilepaskan musibah/bala ini..mudah-mudahan, Allah merahmati hamba-hambaNya.