Wednesday, December 31, 2008

SALAM KEINSAFAN

Insaflah...
Setahun lagi telah berlalu..
Hisablah...
Manfaat apakah yang kita perolehi
Bekal apakah yang telah kita kumpulkan
Siapakah yang telah kita sakiti
Siapakah yang telah dikhianati dan mengkhianati
Siapakah kita dalam mengharungi dunia pinjaman ini..
tanyalah diri...berapa hampir kita ke penghujungnya?
Setahun lagi akan berlalu, biarlah ia berbeza!

Selamat Tahun Baru 1490H/2009...
Semoga tahun mendatang membawa keberkatan, keharmonian dan kesejahteraan
kepada seluruhnya umat dunia
leraikan persengketaan, jauhkan kekusutan
hindarkan sebarang kemusnahan
Sayangilah dunia..hanyalah satu pinjaman,
Diberi elok, dipulang sempurna..

zamree@Dis 2008

Thursday, December 18, 2008

SpongeBob Squarepant & Krusty Krab Restaurant



SpongeBob...tentu ramai kanak-kanak mengenalinya..sama seperti karakter kartun lain seperti Tom & Jerry, Catdog, dll yang banyak menyelitkan unsur-unsur komedi hiburan kanak-kanak.



Bagaimanapun, dalam kebanyakan kartun yang saya sempat tengok saya dapat perhatikan satu kartun yang memberi nilai yang tinggi dalam realiti perniagaan. Anda tentu biasa dengan Starbuck, McDonald, PizzaHut, Domino's dll..tapi mungkin anda belum ke Krusty Krab Restaurant- restoran milik En Krab yang dibantu oleh dua orang pekerja dedikasinya SpongeBob dan Squidward.

Dalam sebahagian dari siri-siri kartun spongebob ini terselit satu kisah situasi Spongebob melayan kerenah-kerenah pelanggan. Alangkah bertuahnya En. Krab mempunyai SpongeBob sebagai pekerja di Krusty Krab Restaurant...

En Krab digambarkan sebagai seorang ketua yang berkira, bagaimanapun kebajikan Spongebob sebagai tukang masak utama di restorannya tidak pernah diabaikan. Spongebob pernah ditauliahkan pekerja terbaik sepanjang tempoh operasi restoran kerana dedikasinya dan sayangnya pada Krusty Krab berbanding Squidward yang sedikit tenggelam.

Terkini melalui siaran TV9, saya dapat saksikan betapa SpongeBob memahami nilai dan amalan perniagaan yang baik demi menjaga kepuasan pelanggan. Dengan kata lain, SpongeBob membawa jenama 'Krusty Krab' sepenuh dan seikhlasnya. Dalam kisah berkenaan, En. Krab telah memarahi SpongeBob kerana telah membuang 'krabby fatty' (hidangan istimewa resepi kejayaan jenama Krusty Krab) yang telah basi. bagaimanapun, En. Krab tetap bertegas supaya Spongebob hidangkan kepada pelanggan. Spongebob tetap berdekil, supaya ia tidak memudaratkan pelanggan-pelanggannya dan seterusnya akan menjadikan restorannya akan disisih kelak. Setianya Spongebob pada jenama dan syarikatnya bekerja sehingga sanggup menggantikan tempat En. Krab ke alam 'denda' asalkan perniagaannya tidak dicemuh oleh pelanggan.

Dalam pengamatan saya juga, Krusty Krab mempunyai polisi-polisinya tersendiri bukan sahaja untuk menjaga hati pelanggan (walaupun dalam kebanyakan polisi memihak kepada En. Krab) bahkan juga kepada pekerjanya..mungkin ini lah senario yang mungkin menyebabkan adanya unsur-unsur 'brand loyalty' dalam konteks perniagaan. 'secret ingredients/recipes' produk atau perkhidmatan kita sebenarnya begitu ampuh, silap dicanai mungkin merosakkan jenama...kesetiaan pekerja adalah survival! bagaimanapun, perlu diingat bahawa "Brands suffer when employees exhibit bad attitudes"...

PERSOALAN-PERSOALAN UNTUK KITA MEMANTAPKAN JATIDIRI?

bertuahnya anda mempunyai pekerja yang menjiwai jenama anda? bagaimana anda menghargainya?

rasa bertuahkah anda menjadi sebahagian daripada jenama syarikat anda?

Mampukah anda menjadi Spongebob?-sanggup menanggung beban orang lain asalkan orang lain bahagia...bukankah itu sifatnya 'sponge'?


COmpany pRofiles :

SpongeBob SquarePants :

Occupation: Fry cook at the Krusty Krab


Squidward Tentacles :

Occupation: Cashier at Krusty Krab Restaurant

Eugene H. Krabs

Occupation: Owner of Krusty Krab Restaurant

He is the employer of Spongebob and Squidward. He is known for being extremely cheap but care alot about SpongeBob's welfare.


(sekadar satu karya ke arah memantapkan pemahaman topik kajian 'internal branding')

Wednesday, December 17, 2008

MyNew Collection

Lama rasanya aku tak membuat kerja-kerja berat..projek 'takungan ikan' aku dan anak2 yang tersadai seminggu lepas ada putik2 disambung semula...dah ada progress, buat tebing kiri dan kanan, tapi tak dapat cukup momentum untuk diteruskan dek sibuk membaca, mencatat, merumus dan synthesizing all the materials yg aku jumpa...utk keperluan kajian aku..

Dalam kesibukan tu, rupa2 ada lagi buku yang aku beli tahun lepas tak terbaca-what customers really want (MacKain) (nak habis tahun dan pun kan?) dan aku ter'beli' plak buku baru...tapi buku baru ni rasanya nak kena baca dah sebab mungkin akan membantu literature aku dalam kajian aku kelak...di persembahkan:

'the loyalty advantage' oleh Durkin, D.M (2005). Ringkasnya buku ini mungkin menarik dibaca sebab ia menegaskan kepentingan jenama kepada semua...anda jangan tersalah fikir jenama hanya penting kepada anda untuk memudahkan anda membuat pilihan, tetapi jenama juga sama pentingnya kepada pekerja jenama tersebut bagi membolehkan mereka menyampaikan produk & perkhidmatan mereka seperti mana yang dijanjikan kepada pengguna...and that's approximately define the term 'internal branding'..which is my topic of interest. harap-harap aku dapat habiskan baca buku ni sebelum masuk tahun depan (expired)

Nasi Goreng Hati ber'lada expired'

itulah dia...sebab dek lama sangat aku tak masuk dapur main masak-masak ni, sampai lada expired pun aku tak tau...mujur tak siram lagi dalam nasi goreng hati aku yang sedap tu...tengok2 botol guna sebelum 10-08..alkisahnya penuh lagi isi botol lada sarawak tu, maksudnya dari beli last 2 years memang tak pernah guna....

sebut pasal expire date ni, nuqman memang peka, setiap kali beli barang especially barang makanan dia mesti suruh tengok expire date, mau kata tak tengok hmm...kena berleter la sepanjang aktiviti shopping tu..pandai kan budak2 sekarang...dh sedar isu2 kepenggunaan, tapi apa2pun kitalah sebagai ibu bapa menjadi pendorong tingkahlaku mereka..bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya..'tapi buat apa nak lentur2 plak kan, buluh tu kan elok kalau dia lurus?' boleh jadi sebagai 'pemecah angin' sbb tu org dulu2 suka pokok buluh depan rumah, supaya bila ribut, setidaknya buluh dapat menjadi penghalangnya..dan sifat pokok buluh yang akarnya tidak mudah terbongkeh (apa perkataan yg lebih gramatis bagi menggantikan bongkeh, u all carilah)

berbalik kita kepada isu kepenggunaan..tahukan anda peranan anda sebagai 'consumer socialization'? proses bagaimana anda melatih anak-anak anda ke arah pengguna yg bijak..tapi anak2 sekarang memang bijak, bukan sahaja bijak memilih, tapi juga endah jenama..(walau apapun tanggapan mereka terhadap jenama-hanya sekadar sebab kawan2 guna, atau ada dalam tv, atau sekadar minat pada karektor2 kartun) tapi mereka sebenarnya adalah pengguna jenama. sedarkah anda, mengikut kajian 2000 Griffin Bacal mendapati hampir 60% ibu bapa telah menyedarkan anak2 mereka dengan jenama seawal umur 3 tahun, dan 30% bersetuju, anak2 mula peka pada jenama seawal umur 2 tahun (Juliet, 2004). hebat bukan? cuba perhatikan anak2 anda, mereka sebenarnya mempunyai kecenderungan terhadap jenama dengan jelas..suka pada jenama yg pada pandangan mereka 'cool' dan cuba beri perhatian padanya setiap kali iklan di TV..

Nuqman umpamanya, mula berminat dengan jenama 'tom and jerry', semua yang ada nama, logo tom and jerry mesti kena beli, dulu ultraman, dan terkini 'B-Daman'.. me myself also don't have any idea what is B-Daman till one day we go shopping at econsave, he told me "that's B-Daman, very cool..my friend akmal has one" so, i bought him two which cost RM9. nowadays, anak2 memang adakalanya lebih advance...diaorang tau dulu dari kita, seperti mana one day he told me to do shuffle with him..i totally no idea what he meant..rupa2nya shuffle tu trend tarian muda mudi sekarang ni...hmmmh...that's how they actually socialized to be consumer..through parent, friends and people surrounding them...

so, in conclusion, i would agree with Juliet in her book entitled 'born to buy' on the issue of the changing world of children's consumption...dulu2 kita hanya mampu fikir beli buku tulis, pemadam, pensil dan pen, tapi anak2 kita mampu menjangkaui apa yang kita fikir kita patut beli pada mereka...mereka memang 'dilahirkan untuk membeli'....


Karektor 'B-Daman'

Monday, December 15, 2008

INFO SIHAT

TAKE CARE ABOUT YOUR HEALTH......!.
Live Life Without Limits!




The top five cancer-causing foods are
:

1. Hot dogs

Because they are
high in nitrates, the Cancer Prevention Coalition advises that children eat no more than 12 hot dogs a month. If you can't live without hot dogs, buy those made without sodium nitrate.


2. Processed meats and bacon

Also high in the same
sodium nitrates found in hot dogs, bacon, and other processed meats raise the risk of heart disease. The saturated fat in bacon also contributes to cancer.


3. Doughnuts

Doughnuts are cancer-causing double trouble. First, they are made with white flour, sugar, and hydrogenated oils, then fried at high temperatures. Doughnuts, says Adams , may be the worst food you can possibly eat to raise your risk of cancer.



4. French f ries

Like doughnuts, French fries are made with hydrogenated oils and then fried at high temperatures. They also contain cancer- causing acryl amides which occur during the frying process.
They should be called cancer fries, not French fries, said Adams .


5. Chips, crackers, and cookies

All are usually made with white flour and sugar. Even the ones whose labels claim to be free of trans-fats generally contain small amounts of trans-fats.


BRAIN DAMAGING HABITS


1. No Breakfast

People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level.
This leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.


2. Overeating

It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power..


3. Smoking

It causes multiple brain shrinkage and may lead to Alzheimer disease.


4. High Sugar consumption

Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing malnutrition and may interfere with brain development.


5. Air Pollution

The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted air decreases the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.


6. Sleep Deprivation

Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate the death of brain cells.


7. Head covered while sleeping

Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.


8. Working your brain during illness

Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of the brain as well as damage the brain.


9. Lacking in stimulating thoughts

Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts may cause brain shrinkage.


10. Talking Rarely

Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain


The main causes of liver damage are:


1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.

2. Not urinating in the morning.

3. Too much eating.

4.. Skipping breakfast.

5. Consuming too much medication.

6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.

7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best cooking oils like olive oil. Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.

8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver. Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one sitting, do not store.


We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits and time condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary chemicals according to 'schedule.'


DO TAKE CARE ABOUT YOUR HEALTH..................

(SUMBER: maaf, tidak diketahui...tapi tak salah kalu kita kurang2kan yang 'segera2' ni..mati pun segera..)

Saturday, December 13, 2008

Betul-betul ho lio

Hari ini, perjalanan yang telah aku mulakan ini, betul-betul teruji...manakan tidak, sejak semalam 8.30pm-12am aku pulun menaip proposal aku..pagi tadi plak dari 9am sampai 12pm aku sambung lagi menaip..update dapat jugak 2 pages..itu dah kira pencapaian terbaik...sebab sehari dua ni lepas selesai semua perkara yang aku rancang berlalu lapangsss skit kepala otak..bleh concentrate benda alah ni..tengah 'feel' ni..kira2nya kalu orang tak larang mau setahun je siap phd aku nih (hehe..optimistic betul)...kira sampai terlupa kenduri kawan breakfast setiap hari..nasib baik ada member telefon, kalu tidak miss la, mau kawan aku tu masam muka...

however.....nak dijadikan cerita, lepas balik kenduri dalam 4pm aku buka laptop nak sambung kerja...nak tacap2 skit je...alkisah..fail aku, benda yang aku buat sehari dua ni, 'betul-betul ho lio...'(man suka ayat ni..lepas makan habis mesti sebut)..silap aku..silap teknikal...aku nak backup file dari laptop ke portable HD, rupa2nya aku TEEERRRRR'replace' files dari portable yg tak update tu ke laptop plakkkkk...pening bangat tahap bengong aras lapan betulll...

alkisahnya...tapi takpe..hari ni aku belajar something that PhD is not just aiming to expand the boundry of knowledge...but it's also about organizing things properly, systematically, and CAREFULLY....

Ya Allah, thanks for testing me in the begining of the journey....Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim...bukalah mindaku, lapangkan lah dadaku, permudahkanlah segala urusanku..amin.

Saturday, December 6, 2008

Teruna Yang Belum Terusik


hehe..tajuk mau gempak..actually, 'bilik teruna yang belum terusik'..ni ha..lepas masuk rumahku syurgaku, dengan sekoyong2nya aku lukis mural ni kat dinding bilik tidur anak teruna aku sorang nie...dgn harapan..nak bagi dia tido kat bilik tu sorang2..tapi tu lah..sampai hari ni..berkampung kat master bedroom jg..penah skali tu aku tanya..pasal tak nak tido situ..'takut hantu'...pastu plak ada skali tu dia cakap 'takut kena langgar kereta'....ada logiknya..???

Wednesday, December 3, 2008

MyMiniGarden-longlife project

fasa 1 : bata2 baru diikat


fasa 2 : ujian GO/NO GO (ikan tak lemas)
fasa 3 : pokok heliconia merah & kuning..turut serta rumput mutiara

Projek Tamat : mini taman depan pintu masuk





project start: 3 days before Ramadhan 1429H
expected completed date : unknown
developer : abah & anak2 sdn bhd
project status : ikan2 dah boleh bernafas dalam air tu, belum ada yang mati lemas..
financing : bankabah commerce (Jitra) Sdn Bhd
project of : self-satisfaction (bukan projek kerajaan barisan nasional..oppppss!)