Monday, March 9, 2009

Ambil lesen ke?

Selepas hampir 8 tahun aku mengajar..ni baru aku nak cuba dapatkan 'lesen' untuk mengajar..ajaib sungguh...rupa2nya selama ini aku mengajar tanpa lesen..mujur tak kena saman..kesian kat bekas2 pelajar aku..tapi tak pula aku mengajar ilmu sesat...aku ajar mereka untuk hidup dan kehidupan..dalam kehidupan mereka tak lari dari aktiviti pemasaran..dalam kehidupan juga mereka perlu tahu untuk hidup..sebab tu dalam kuliah2 aku, sengaja aku selitkan unsur2 kemanusiaan..supaya mereka lebih paham dengan mendalam 'siapa mereka'...asal usul mereka supaya suatu hari nanti mereka tidak 'mencicirkan' sesiapa selepas mereka berjaya..

Belajar hanyalah lesen untuk anda bekerja..mempunyai kerjaya selepas belajar bukan satu jaminan...tetapi bagaimana belajar memanfaatkan ilmu yang anda belajar mungkin menjadikan anda bekerjaya...tak pelik..ada realitinya..

Phd is just about to get 'licence to teach'..haha...which i think this is the most difficult licence to have in my life..takde ke lesen terbang??? bagaimana gamaknya ya calon2 Doctor of Philosophy in Philosophy? ini pun dah berat kepala aku...badan pun naik berat skali..(significant positive correlations)...

Mungkin inilah hadiah tebaik untuk arwah abah aku yang banyak bersusah payah membesarkan anak2nya..dia nak sangat aku ada diploma..tapi aku takda diploma...aku ada ijazah sarjana, dan sarjana sains..dah memadai bagi aku..syukur...tapi aku langkah setapak lagi menguji kemampuan..kalau dia masih ada..ahh..tentu dia bangga..inilah harta yang pernah dan telah dia tinggalkan untuk aku..ILMU! harta segala harta, dunia dan akhirat...

Thursday, March 5, 2009

Kedai Cikgu Bakar

Hari ini sebaik berawang-awangan di ruang siber, aku teringat menara jam besar parit buntar..lalu aku taip melalui google kalu2 boleh dapat sejarahnya..alih2 kluar wikimapia tunjuk di mana letak menara jam besar ni...dan dalam menjengah map yang tersedia...ada tagline 'kedai cikgu bakar'..maka terimbau semula nostalgia lama antara aku dengan kedai cikgu bakar ni...

kedai cikgu bakar letaknya berhampiran dengan balai polis bandar baru, memang dah lama kedai ni..teringat lagi masa aku taska arwah abah selalu singgah beli nasi lemak gulai kerang RM0.30 sebungkus...bukan bungkus biasa, bungkus dalam plastik dan diikat macam kita beli teh ais bungkus tuh...memang nostalgia, teringat plak macam mana aku dok belakang membonceng basikal tua arwah abah..(kalu kelapangan aku blog memori aku dengan arwah kemudian..sempena ulangtahun kematian arwah 1/4/1946-1/3/2001).Al-fatihah...

kedai cikgu bakar ni istimewanya pada pemiliknya yang juga cikgu aku masa sekolah rendah dulu..ngajar BM dan Math, last raya 2 tahun lepas aku sempat kucup tangan dia masa jumpa di masjid..dek tak kerana semangat dan tunjuk ajar dia dulu2 tak mungkin aku jadi seperti mana aku hari ni.."salam cikgu, ingat saya lagi?", "ingat, cikgu kenal kamu, anak arwah shaari kan?, tapi cikgu lupa dah nama", "alhamdullillah, cikgu kenai lagi saya no, cikgu sihat?, "sihat, macam ni la orang tua...", "terima kasih la cikgu didik saya sampai saya berjaya la ni", "sama2, cikgu berdoa kat anak2 murid cikgu setiap masa..sampai berjaya, cikgu tak lupa.." dihujung perbualan aku nampak titis2 kecil air mata cikgu berjurai...entah sempat atau tidak aku berjumpa lagi dengan dia selepas ini..terlalu besar pengorbanan cikgu pada anak muridnya....jutaan terima kasih cikgu bakar dan seluruh cikgu2 di malaysia yg berkorban mendidik anak bangsa....

menu kedai makan cikgu bakar ni, nasi lemak sebelah pagi, petang2 semua menu goreng2, but yang paling aku suka mi kuah dia..rasa klasik dia lain...bukan semua tukang masak boleh masak mi kuah rasa resepi klasik...memang lain, pernah aku jumpa sekali di Kodiang tapi dah tutup kedai tu...sekarang anak2 cikgu bakar yang menjalankan perniagaan tu...servicescape dia tetap mcm dulu, ada kerusi & meja kayu antik..kedai pun kedai papan ja...dulu anak dia pakai mitsubishi lancer yang ada kepala kuda kat depan tu...huh, idol habis aku...sekarang tak tau lah..

lanskap bandar baru pun dah banyak berubah...masyarakatnya, nilai dan norma kehidupan tentu berbeza..masa aku sekolah rendah, tiap kali keluar pekan @ berselisih di tengah jalan, orang2 tua kenai aku anak sapa, dan aku tau depa sapa dan di mana rumah depa...la ni, hampir 60% rasanya bukan penduduk bandar baru original....semuanya berubah sekelip mata dan bakal berubah...hanya memori ini yang tidak dapat diubah...dan terusan memanggil, adakah anak2 aku terus dapat nikmati memori seindah ini....atau terus dilingkungi tuntutan materialistik keperluan dunia yang semakin terdesak dan mendesak!

Ah!! sayangnya, masa berlalu tak akan kembali..

Sunday, March 1, 2009

Kereta dan Beban...parking bertambah beban

Bila menulis tajuk ni aku yakin, di seluruh bandar2 utama tanah semenanjung Malaysia ni mahupun diseantero dunia, parking di mana2 pun berbayar...walaupun hakikatnya kita dah bayar macam2 cukai...dan di samping tu aku fikir pakai kereta ni banyak beban daripada menolong..daripada mula2 anda beli, guna, sampailah anda lupuskannya; 1) beban bayar pendahuluan, 2) beban bayar bulan, 3) beban penyelenggaraan, 4) beban insurans dan cukai jalan, 4) beban bahan api, 5) beban tol, 6) beban alam sekitar, 7) beban jiwa dek kesesakan, 8) beban parking.....(p/s beban mengikut pengalaman masing-masing)... dan memikirkan beban2 tu aku jadi semakin tidak bermotivasi menggerakkan kereta aku keluar ke bandar, cukup lah sekadar panas2 kan enjin...

Dulu nak ke pekan aku tak kisah sangat, tapi sejak2 pekan Jitra ni dah tiru macam pekan2 yg lain 'parking berbayar' maka bertambah rimas aku nak keluar...mengingatkan kembali nostalgia aku kena kompaun parking di Parit Buntar dan Sungai Petani dulu....(parit and sungai ni memang tak secocoklah dengan kereta aku)....nak bayar tak kisah sangat, tapi nak cari kotak parking tu yg memeluatkan aku....kalu kosong nasib baik la tu...tapi kadang2 kosong pun aku meluat jugak, sbb tak leh masuk dek org yang tak berhati perut parking dalam 2 kotak utk kereta dia! Jangan amalkan tau..ingatlah keperluan orang lain sama.....

Memikirkan beban2 itu, maka terlintas gak di fikiran aku akan nasib rakan2 yang terpaksa berhenti kerja, dibayar gaji separuh dan seumpama dengannya...yang malangnya, perut tak boleh berhenti diisi, kerja berhenti, makan kena diteruskan....kesian...maka beban mereka berkaitan kereta pastinya lebih berat berbanding pendapatan yang semakin kurang...mujur kerajaan dah tangguh kenaikan tol...

Maka aku dapat simpulkan kereta yang ada ni hanya membebankan, dan hanya membantu anda membawa 'beban' ('beban' yang dibawa bergantung kepada saiz penumpang)...