Monday, April 6, 2009

Selamatkah data peribadi kita di tangan Mereka?

Data peribadi anda termasuklah nama, no ID, telefon dsbnya yg anda pernah gunakan untuk sesuatu tujuan komersial mungkin disalahgunakan pihak2 tidak bertanggungjawab...bukan prejudis, tapi itulah realiti yg terjadi pada aku baru-baru ini (minggu pertama April 2009). Mereka (peniaga/agen/pembekal perkhidmatan/yg seumpama dgnnya) mungkin tidak jujur apabila terdesak..lantas mengambil jalan mudah menggunakan maklumat sedia ada untuk menjerat pengguna..

rentetan dari laporan akhbar Harian Metro edisi Sabtu 4/4/09 berkaitan perangkap kad kredit oleh bank2 di Malaysia memang ada kebenarannya..Melewati catatan aduan pengguna di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC, 2009) hampir 500 aduan berkaitan kad kredit dilaporkan sepanjang tahun 2009 ini.

The story begin....lebih kurang 2 minggu lepas aku ada terima panggilan tak diundang oleh wakil sebuah bank menawarkan visa kad. aku dengan sopan menolaknya, kerana telahpun mempunyai mastercard dari bank yang sama..malah, kredit limit sedia ada pn mencecah 5 angka..x berbaloi utk dapatkan yang lain.

Selang seminggu kemudian, aku terima no pin visacard berkenaan, menandakan kad berkenaan telahpun diproses tanpa persetujuan aku. And the case start, 2/4/09 jam 11am aku terima kad visa berkenaan, sambil membuka sampul, terima satu lagi panggilan dari seorang perempuan agen bank yg sama nak offer supplement card..and the melenting agenda begin.....terkesima budak tu kena hambur dengan aku..

In evening, aku report the case to the customer service via phone, reporting 1) to cancel the card, 2) to have clarification within 14 working days of how the card was processed without my application and signing any form...tapi yg aku rasa macam nak anyam si customer service betina (sorry..) tu ada ka patut dia minta no pin utk konon2nya verification..#@)#$)%*%&!

keesokkan harinya, pagi kurang lebih 10 am masa di kampung aku dpt call dari agen bank berkenaan argue pasai apa aku buat report and trouble him..lagi hangin aku..aku tanya balik "awat, sapa bg kebenaran proses and guna data2 aku?", "bila aku apply, and sapa yg trouble sapa?"...mcm2 aku hambur kat chinese man tu, and last dia admit dia terdesak nak kejar sales target..so, aku balas "it's not my business!"..siap sms aku minta maaf, konon2 nak tarik balik aduan..aku bo layan..ada sms dia dalam simpanan aku, mungkin berguna utk tujuan pembelaan kelak.

i'm really frustated that the most trusted bank worldwide do such a stupid and unprofessional jobs..sejak khamis lepas, tidak kurang 5 panggilan promosi loyalty card,previllage, vip card bla bla bla aku terima dan yg pasti aku tak pernah berminat dgn apa jua tawaran seumpama ini yang banyak buruk dari kebaikannya..

Anda nilailah sendiri, selamatkah data peribadi anda?

Sekitar alam...

Buah durian terbesar di Kedah, ada di kampung ku...tak siapa berani menjamahnya...


jam besar..jam besar..menara jam besar Parit Buntar
Belakang menara jam ni, ada kedai tukang jahit idola aku masa sekolah dulu, sebelah and sepanjang parit/longkang besar tepi tu, dulu2 ada sederet kedai papan jual pakaian/peralatan sukan..murah2, cantik2 (amoy dia..) haha..sekarang..semua dh tak ada...ditelan pembangunan..

Jambatan yang menghubungkan Kedah (Bandar Baru) dan Perak (Parit Buntar).
Sungai Krian ini banyak nostalgianya, baik mahupun buruk..
Jambatan ini wujud selepas tragedi feri (pelantar berkabel kot) karam dan meragut nyawa pelbagai peringkat umur..Aku difahamkan, kanak2 banyak menjadi mangsa feri karam tu.
Masa aku kanak2 masih ada khidmat pengayuh sampan menyeberangi sungai ni..sekarang, semuanya tinggal kenangan..jeti berlabuh sampan pun tiada, jeti asal feri pun telah dinaik taraf menjadi tempat2 perteduhan di sepanjang sungai..
Uniknya, di sepanjang pinggir sungai ini dulu ada deretan kedai2 papan yang didirikan sebahagiannya di atas sungai..antara favourite aku, kedai roti canai Non and satu kedai mi siam..
Parit Buntar tempat aku membesar, berniaga dengan arwah abah sejak darjah tiga sampailah ke menengah sebelum pasar basah berhampiran sungai krian ini dirobohkan. Dari situ bermulalah zaman gelap periuk nasi keluarga kami..
kini, ahh..semuanya telah tiada..hanya tinggal kenangan yg tak mungkin aku lupakan..tempat yg pernah mendidik aku akan erti perit jerih kehidupan, kemanusiaan dan kekitaan...