Monday, April 6, 2009

Sekitar alam...

Buah durian terbesar di Kedah, ada di kampung ku...tak siapa berani menjamahnya...


jam besar..jam besar..menara jam besar Parit Buntar
Belakang menara jam ni, ada kedai tukang jahit idola aku masa sekolah dulu, sebelah and sepanjang parit/longkang besar tepi tu, dulu2 ada sederet kedai papan jual pakaian/peralatan sukan..murah2, cantik2 (amoy dia..) haha..sekarang..semua dh tak ada...ditelan pembangunan..

Jambatan yang menghubungkan Kedah (Bandar Baru) dan Perak (Parit Buntar).
Sungai Krian ini banyak nostalgianya, baik mahupun buruk..
Jambatan ini wujud selepas tragedi feri (pelantar berkabel kot) karam dan meragut nyawa pelbagai peringkat umur..Aku difahamkan, kanak2 banyak menjadi mangsa feri karam tu.
Masa aku kanak2 masih ada khidmat pengayuh sampan menyeberangi sungai ni..sekarang, semuanya tinggal kenangan..jeti berlabuh sampan pun tiada, jeti asal feri pun telah dinaik taraf menjadi tempat2 perteduhan di sepanjang sungai..
Uniknya, di sepanjang pinggir sungai ini dulu ada deretan kedai2 papan yang didirikan sebahagiannya di atas sungai..antara favourite aku, kedai roti canai Non and satu kedai mi siam..
Parit Buntar tempat aku membesar, berniaga dengan arwah abah sejak darjah tiga sampailah ke menengah sebelum pasar basah berhampiran sungai krian ini dirobohkan. Dari situ bermulalah zaman gelap periuk nasi keluarga kami..
kini, ahh..semuanya telah tiada..hanya tinggal kenangan yg tak mungkin aku lupakan..tempat yg pernah mendidik aku akan erti perit jerih kehidupan, kemanusiaan dan kekitaan...


No comments: