Thursday, December 18, 2008

SpongeBob Squarepant & Krusty Krab Restaurant



SpongeBob...tentu ramai kanak-kanak mengenalinya..sama seperti karakter kartun lain seperti Tom & Jerry, Catdog, dll yang banyak menyelitkan unsur-unsur komedi hiburan kanak-kanak.



Bagaimanapun, dalam kebanyakan kartun yang saya sempat tengok saya dapat perhatikan satu kartun yang memberi nilai yang tinggi dalam realiti perniagaan. Anda tentu biasa dengan Starbuck, McDonald, PizzaHut, Domino's dll..tapi mungkin anda belum ke Krusty Krab Restaurant- restoran milik En Krab yang dibantu oleh dua orang pekerja dedikasinya SpongeBob dan Squidward.

Dalam sebahagian dari siri-siri kartun spongebob ini terselit satu kisah situasi Spongebob melayan kerenah-kerenah pelanggan. Alangkah bertuahnya En. Krab mempunyai SpongeBob sebagai pekerja di Krusty Krab Restaurant...

En Krab digambarkan sebagai seorang ketua yang berkira, bagaimanapun kebajikan Spongebob sebagai tukang masak utama di restorannya tidak pernah diabaikan. Spongebob pernah ditauliahkan pekerja terbaik sepanjang tempoh operasi restoran kerana dedikasinya dan sayangnya pada Krusty Krab berbanding Squidward yang sedikit tenggelam.

Terkini melalui siaran TV9, saya dapat saksikan betapa SpongeBob memahami nilai dan amalan perniagaan yang baik demi menjaga kepuasan pelanggan. Dengan kata lain, SpongeBob membawa jenama 'Krusty Krab' sepenuh dan seikhlasnya. Dalam kisah berkenaan, En. Krab telah memarahi SpongeBob kerana telah membuang 'krabby fatty' (hidangan istimewa resepi kejayaan jenama Krusty Krab) yang telah basi. bagaimanapun, En. Krab tetap bertegas supaya Spongebob hidangkan kepada pelanggan. Spongebob tetap berdekil, supaya ia tidak memudaratkan pelanggan-pelanggannya dan seterusnya akan menjadikan restorannya akan disisih kelak. Setianya Spongebob pada jenama dan syarikatnya bekerja sehingga sanggup menggantikan tempat En. Krab ke alam 'denda' asalkan perniagaannya tidak dicemuh oleh pelanggan.

Dalam pengamatan saya juga, Krusty Krab mempunyai polisi-polisinya tersendiri bukan sahaja untuk menjaga hati pelanggan (walaupun dalam kebanyakan polisi memihak kepada En. Krab) bahkan juga kepada pekerjanya..mungkin ini lah senario yang mungkin menyebabkan adanya unsur-unsur 'brand loyalty' dalam konteks perniagaan. 'secret ingredients/recipes' produk atau perkhidmatan kita sebenarnya begitu ampuh, silap dicanai mungkin merosakkan jenama...kesetiaan pekerja adalah survival! bagaimanapun, perlu diingat bahawa "Brands suffer when employees exhibit bad attitudes"...

PERSOALAN-PERSOALAN UNTUK KITA MEMANTAPKAN JATIDIRI?

bertuahnya anda mempunyai pekerja yang menjiwai jenama anda? bagaimana anda menghargainya?

rasa bertuahkah anda menjadi sebahagian daripada jenama syarikat anda?

Mampukah anda menjadi Spongebob?-sanggup menanggung beban orang lain asalkan orang lain bahagia...bukankah itu sifatnya 'sponge'?


COmpany pRofiles :

SpongeBob SquarePants :

Occupation: Fry cook at the Krusty Krab


Squidward Tentacles :

Occupation: Cashier at Krusty Krab Restaurant

Eugene H. Krabs

Occupation: Owner of Krusty Krab Restaurant

He is the employer of Spongebob and Squidward. He is known for being extremely cheap but care alot about SpongeBob's welfare.


(sekadar satu karya ke arah memantapkan pemahaman topik kajian 'internal branding')

No comments: