Wednesday, December 17, 2008

Nasi Goreng Hati ber'lada expired'

itulah dia...sebab dek lama sangat aku tak masuk dapur main masak-masak ni, sampai lada expired pun aku tak tau...mujur tak siram lagi dalam nasi goreng hati aku yang sedap tu...tengok2 botol guna sebelum 10-08..alkisahnya penuh lagi isi botol lada sarawak tu, maksudnya dari beli last 2 years memang tak pernah guna....

sebut pasal expire date ni, nuqman memang peka, setiap kali beli barang especially barang makanan dia mesti suruh tengok expire date, mau kata tak tengok hmm...kena berleter la sepanjang aktiviti shopping tu..pandai kan budak2 sekarang...dh sedar isu2 kepenggunaan, tapi apa2pun kitalah sebagai ibu bapa menjadi pendorong tingkahlaku mereka..bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya..'tapi buat apa nak lentur2 plak kan, buluh tu kan elok kalau dia lurus?' boleh jadi sebagai 'pemecah angin' sbb tu org dulu2 suka pokok buluh depan rumah, supaya bila ribut, setidaknya buluh dapat menjadi penghalangnya..dan sifat pokok buluh yang akarnya tidak mudah terbongkeh (apa perkataan yg lebih gramatis bagi menggantikan bongkeh, u all carilah)

berbalik kita kepada isu kepenggunaan..tahukan anda peranan anda sebagai 'consumer socialization'? proses bagaimana anda melatih anak-anak anda ke arah pengguna yg bijak..tapi anak2 sekarang memang bijak, bukan sahaja bijak memilih, tapi juga endah jenama..(walau apapun tanggapan mereka terhadap jenama-hanya sekadar sebab kawan2 guna, atau ada dalam tv, atau sekadar minat pada karektor2 kartun) tapi mereka sebenarnya adalah pengguna jenama. sedarkah anda, mengikut kajian 2000 Griffin Bacal mendapati hampir 60% ibu bapa telah menyedarkan anak2 mereka dengan jenama seawal umur 3 tahun, dan 30% bersetuju, anak2 mula peka pada jenama seawal umur 2 tahun (Juliet, 2004). hebat bukan? cuba perhatikan anak2 anda, mereka sebenarnya mempunyai kecenderungan terhadap jenama dengan jelas..suka pada jenama yg pada pandangan mereka 'cool' dan cuba beri perhatian padanya setiap kali iklan di TV..

Nuqman umpamanya, mula berminat dengan jenama 'tom and jerry', semua yang ada nama, logo tom and jerry mesti kena beli, dulu ultraman, dan terkini 'B-Daman'.. me myself also don't have any idea what is B-Daman till one day we go shopping at econsave, he told me "that's B-Daman, very cool..my friend akmal has one" so, i bought him two which cost RM9. nowadays, anak2 memang adakalanya lebih advance...diaorang tau dulu dari kita, seperti mana one day he told me to do shuffle with him..i totally no idea what he meant..rupa2nya shuffle tu trend tarian muda mudi sekarang ni...hmmmh...that's how they actually socialized to be consumer..through parent, friends and people surrounding them...

so, in conclusion, i would agree with Juliet in her book entitled 'born to buy' on the issue of the changing world of children's consumption...dulu2 kita hanya mampu fikir beli buku tulis, pemadam, pensil dan pen, tapi anak2 kita mampu menjangkaui apa yang kita fikir kita patut beli pada mereka...mereka memang 'dilahirkan untuk membeli'....


Karektor 'B-Daman'

No comments: