Wednesday, December 17, 2008

MyNew Collection

Lama rasanya aku tak membuat kerja-kerja berat..projek 'takungan ikan' aku dan anak2 yang tersadai seminggu lepas ada putik2 disambung semula...dah ada progress, buat tebing kiri dan kanan, tapi tak dapat cukup momentum untuk diteruskan dek sibuk membaca, mencatat, merumus dan synthesizing all the materials yg aku jumpa...utk keperluan kajian aku..

Dalam kesibukan tu, rupa2 ada lagi buku yang aku beli tahun lepas tak terbaca-what customers really want (MacKain) (nak habis tahun dan pun kan?) dan aku ter'beli' plak buku baru...tapi buku baru ni rasanya nak kena baca dah sebab mungkin akan membantu literature aku dalam kajian aku kelak...di persembahkan:

'the loyalty advantage' oleh Durkin, D.M (2005). Ringkasnya buku ini mungkin menarik dibaca sebab ia menegaskan kepentingan jenama kepada semua...anda jangan tersalah fikir jenama hanya penting kepada anda untuk memudahkan anda membuat pilihan, tetapi jenama juga sama pentingnya kepada pekerja jenama tersebut bagi membolehkan mereka menyampaikan produk & perkhidmatan mereka seperti mana yang dijanjikan kepada pengguna...and that's approximately define the term 'internal branding'..which is my topic of interest. harap-harap aku dapat habiskan baca buku ni sebelum masuk tahun depan (expired)

No comments: