Wednesday, November 19, 2008

Cinta Lama

September 2008, hampir 4 tahun aku tinggalkannya…selepas dari itu, aku tidak pernah berhubungan mahupun bertanya khabar berita..bukan niatku untuk sombong padanya apatah lagi melupakannya..namun begitulah hakikat..hari ni pabila aku diberikan kesempatan berjumpa dengannya dalam pertemuaan yg tidak diatur..wajahnya,wah banyak berubah..atau lebih tepat lg tak terurus! sungguh kasihan, layanan sedemikian oleh teman baru mu..dari jauh hendak kusapa sampai dekat lidah kelu tak bersuara..sungguh kasihan teman lamaku , terpaksa kulupakan sejak 4 thn lalu selepas 2 tahun menjadi teman karib aku..byk memori bersamanya, masih terasa kehangatan honeymoon bersamanya…..sedih,tapi terpaksa lepaskan sbb beralih cinta..tapi syukur, kerana Allah pertemukan semula aku dgnnya…setidak-tidaknya aku tahu bahawa ia masih sebuah kereta yg masih berfungsi di atas jalan raya…WJW5XX0

No comments: