
"Selamat Hari Bapa" kepada semua yang bergelar bapa di dunia maya pada ini..
Terima kasih tak terhingga juga pada arwah abah (duduk dalam gambar) yang telah banyak berkorban untuk kesejahteraan anak-anaknya.
Gambar ini menceritakan segala kepayahan abah mendidik anak-anaknya..suatu ketika dulu, berniaga menjadi punca rezeki keluarga..Dari titik peluh abah dan mak lah aku berjaya hingga ke tahap ini.
Dari abah, aku belajar satu ilmu yang tidak mungkin diperolehi di mana-mana..itulah, kepayahan..dengan kepayahan jugalah aku bangun, hidup dan dimotivasikan..
Adik-adikku yang membaca entri kali ini, ingatlah..."kepayahan hari ini akan memberi anda kesenangan di kemudian hari.., kalau anda tidak perolehi apa yang anda hajati hari ini, mungkin Allah simpan untuk berikan yang terbaik untuk anda di kemudian hari.."
Aku pernah susah, aku tidak akan menyusahkan orang lain dan aku juga tidak mahu orang lain susah kerana aku....